Kuasa Tuhan Tidak Terjangka, Sungai Muncul Tengah Kampung Selepas Trageedi Kepala Air Di Kedah

Banjir kilat yang berpunca dari kepala air yang melanda beberapa kawasan di Kedah mengakibatkan banyak kerosaakan awam terutamanya rumah dan jalan raya. Namun di samping musiibah yang datang, terdapat juga rezeki yang tidak disangka-sangka.

Sebuah video di aplikasi TikTok baru-baru ini menunjukkan sebuah kampung yang turut terjejas akibat banjir. Yang lebih menghairankan selepas banjir surut, secara tiba-tiba terbentuknya sebuah sungai yang mengalir di tengah kampung.

Kewujudan sungai itu mengejutkan banyak pihak terutamanya penduduk memandangkan sebelum ini kampung itu sememangnya ketiadaan sungai. Kelihatan air jernih yang mengalir seolah-olah sungai itu sudah terbentuk lama sebelum ini.

Lawa perancangan Allah
Netizen yang menonton turut teruja melihat keajaiban yang berlaku. Malah beberapa orang netizen sudah membayangkan kawasan itu dibangungkan sebagai tempat berehat dan berkelah di samping dapat mewujudkan ekonomi baru.

Hampar tikar boleh berkelah

Rare pokok kelapa tengah sungai

Boleh dijadikan resort

Menurut pemilik video tersebut, dia telah datang ke kampung tersebut untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. sebelum mendapati kemunculan sungai yang dikatakan berpunca dari air terjun Batu Hampar.

Turut kelihatan sebuah jalan yang runtuh akibat ‘tsunami kecil’ yang datang dari Gunung Jerai. Malah jalan itu dipisahkan dengan kewujudan sungai yang muncul selepas banjir surut.

Sumber: TikTok @pendangmarvel