Kota Yang Tidak Rosak Menjadi Sumber Hingga Kini

Kota Yang Tidak Rosak, Pemiliknya Tidak Mati Sehingga Kini | Seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah.

Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk bertanya setiap pengunjung adakah cacat dan cela dan kekurangan kota yang dibangunkannya itu.

Hampir seluruh orang yang ditanya menjawab tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

Raja bertanya: “Apa lagi cacat dan cela kota ini?” Jawab mereka: “Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati.” Raja bertanya lagi: “Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?” Mereka menjawab: “Ada.

Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati.” Raja berasa aneh lalu bertanya lagi: “Segera katakan apakah itu.” Mereka menjawab dengaan penuh yakin: “Kota itu bernama Syurga dan Allah ‘Azza Wajalla pemiliknya.”

Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan.

Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah Subhanahu Wa Taala, raja itu pun ikhlas mengikuti mereka. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah dia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Follow Page Apa Cerita Press

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT