Korang Tahu Apa Persamaan Antara Arwaah Pak Yus, Mr Os Dan Abam

Penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek menceritakan persamaan tiga pelawak popular, Allahy4rhaam Abam, Mr Os dan Pak Yus yang ketika hayaatnya suka bersedekah dan membantu golongan di dalam kesusahan.

“Ketiga-tiga mereka adalah pelawak tetapi ada kebaikan mereka disembunyikan ketika hayaat yang ramai orang tidak tahu.

“Sempat juga beberapa tahun lepas saya solat jen4zaah untuk aarw4h Mr Os, saya menguruskan jen4zaah dia sangat mudah dan begitu juga aarw4h Pak Yus kerana mereka ini suka bersedekah.

“Sedekah adalah jalan paling mudah ke syurga asalkan ikhlas kerana Allah.

“Mr Os sewaktu hayaatnya dia sangat suka bersedekah. Ketika dia berada dalam masal4h kewangan di mana dia seorang pemandu teksi, kalau ada yang tidak cukup duit, dia anggap itu sedekah.

“Sebab itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, apabila m4ti anak Adam, putus semua amalan kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ketiga doa anak yang soleh.

“Sedekah perkara paling mudah untuk ke syurga. Ini kerana sebelum sedekah sampai kepada penerima, sedekah itu sampai dulu kepada Allah, itulah ‘power’ bersedekah dan apa yang berlaku kepada aarw4h Abam adalah dia juga suka bersedekah,” katanya.

Selepas pemergian arw4h Abam, tular kisah-kisah kebaikan yang pernah dilakukan semasa hayaatnya masih ada. Terbaru, kisah seorang wanita yang merayu supaya membenarkannya melawat pusara Abam pada waktu malam tular di laman sosial.

Kisah ini dikongsi penggali kubuur yang dikenali sebagai Khairuddin, 51 yang menyatakan dia didatangi seorang wanita bersama anak perempuannya yang menunggang motosikal di Tanah Perkuboran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak kira-kira jam 8.00 malam.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, pergi mengadap Ilahi di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak pada jam 7.15 pagi pada 10 Februari lalu selepas mengalami demam selama dua hari.

Foto : Instagram Ustaz Hanafiah