Konon Ajaal Terbabit Naahas, TikTok Famous Gigil Tengok Video Kemattiannya Sendiri

Walaupun tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya, namun sensitiviti seakan-akan makin lenyap apabila perbuatan menyebarkan fitnaah dilihat semakin menjadi-jadi. Siapa sangka, hal sama turut terpalit pada gadis berusia 16 tahun ini apabila ada segilintir pihak tidak bertanggungjawab tergamak menyebarkan berita tak benar tentang kemaatiannya.

Video kemaatian tersebar.. Konon terbabit nahaas sampai kepala & otak pun pecaah
Popular dengan video bebelannya di aplikasi TikTok, pemilik nama Nurin Lofa Adrianna Kirana tampil meluahkan rasa terkilan atas berita tersebut. Menurut Nurin, kejadian itu hanya disedarinya selepas dimaklumkan oleh beberapa kenalannya pada Jumaat lalu. Berdasarkan video tersebut, dia dikatakan telah menemui ajaal susulan terlibat dalam sebuah nahaas jalan raya sehingga menyebabkan kepalanya pecah.

@the.nurinlofa

♬ original sound – Nurinlofa 🤍 – Nurinlofa 🤍

Kalau bennci sekali pun tak perlu fitnaah begitu.. Jangan sesekali buat main hal kemaatian
Memetik laporan mStar, Nurin yang kini berada di rumah kakaknya di Pahang sudah pun membuat laporan berhubung isu tersebut. Gadis ini turut mengakui agak sediih dengan kewujudan berita kemaatian palsu itu dan tidak tahu apakah punca sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Ia bagaimanapun tidak akan melunturkan semangatnya untuk terus menghiburkan pengikut di TikTok dengan video-video. Malah dia juga turut memaafkan individu terbabit selain berharap agar hal tersebut tidak berulang lagi.

Sumber : TikTok the.nurinlofa, mStar