Kisah Wira Hebat Yang Tidak Kita Tahu

Kisah Wira Hebat Yang Tidak Kita Tahu Adalah Lepasan Pondok | Pada 31 Julai 2013 TV2 telah menyiarkan dokumentari khas Sarjan Hassan. Rupanya Sarjan Hassan ini adalah merupakan pahlawan Melayu Islam yang terlalu hebat tetapi kerana sikapnya yang begitu merendah diri, warak serta tawadhuk maka keperwiraannya tidak begitu diketahui umum.

P. Ramlee juga hebat, dibuat filem Sarjan Hassan waktu negara dalam era darurat. P Ramlee ubahsuai filem Sarjan Hassan berkisarkan menentang Jepun, bukan menentang k0mun1s. Inilah sejarah yang jarang diketahui umum tentang beliau…

The Untold Story…

Sarjan Hassan berasal dari N.Sembilan. Mendapat pendidikan pondok di Rantau, Negeri Sembilan. Berguru dengan ramai para ulama termasuk Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad. Ketika dalam tentera Sarjan Hassan amat warak, tidak pernah tinggal solat.

Dia tidak [email protected] dengan k0mun1s, tetapi telah berjaya membunuh lebih 100 orang k0mun1s seorang diri dalam pertempuran. Dia tidak mengamalkan ilmu kebal atau ilmu kebatinan yang sesat. Dia hanya berkata Allah sebagai pelindung.

Pernah dalam satu pertempuran ketika rakan yang lain sedang merancang untuk [email protected], tiba-tiba Sarjan Hassan lesap dan terus dengar [email protected] Dengan izin Allah dia telah berjaya membun0h 14 [email protected] k0mun1s seorang diri pada ketika itu.

[email protected] k0mun1s amat [email protected] dengan Sarjan Hassan. Sentiasa mencari peluang untuk membun0hnya atau keluarganya. Satu hari seorang [email protected] k0mun1s wanita yang cantik menyerah diri cuba mengg0da Sarjan Hassan. Tetapi atas sifat kewarakan Sarjan Hassan, [email protected] k0mun1s wanita itu pula yang bel0t dan memberi maklumat kepada Sarjan Hassan sehingga tertangkapnya 27 orang [email protected] k0mun1s.

Jasa besar Sarjan Hassan yang tidak tercatit dalam sejarah atau akhbar di Tanah Melayu pada ketika itu, hanya dilaporkan dalam akhbar Singapura ialah kejayaan Sarjan Hassan (pada ketika itu berpangkat Leftenan) menggagalkan cubaan k0mun1s untuk sab0taj sambutan kemerdekaan 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.

Leftenan Hassan dengan 10 anggota telah berjaya menjejaki tempat pertemuan ketua-ketua k0mun1s seluruh Tanah Melayu di Rawang. Leftenan Hassan berjaya membun0h k0mun1s dan menjumpai dokumen serta [email protected] yang akan digunakan untuk menggagalkan sambutan kemerdekaan negara yang berkemungkinan untuk membun0h Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pembesar Melayu lain.

Satu-satunya pegawai tentera Islam dan lulusan pondok…

Sarjan Hassan adalah satu-satunya orang Islam pada ketika itu dari kelulusan sekolah pondok yang berjaya menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan. Kubur Sarjan Hassan seperti kub0r kebanyakan orang Islam lain, tiada yang istimewanya di Makam Sheikh Hj Mohd Said di Seremban.

Sesungguhnya Sarjan Hassan adalah merupakan pahlawan Islam kebanggaan pengajian pondok di Rantau, N.Sembilan dan kebanggaan rakyat Malaysia. Saya terkenang kembali kata-kata arwah ayah saya yang pernah berjumpa Sarjan Hassan, memang benarlah ayah saya kata Sarjan Hassan ini pendiam, gempal sikit.

Tidak sia-sialah perjuangan ninda saya salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu iaitu Dato Abdullah Hj Dahan, Undang Rembau, yang telah melahirkan pahlawan Melayu Islam yang begitu hebat, merendah diri, warak, tidak tinggal solat yang perlu dicontohi oleh semua perwira negara.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Kapten Hassan bin Othman, ayah saya Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin, ninda saya Dato Abdullah bin Hj Dahan dan seluruh perwira negara yang telah gugur. Mungkin selepas ini kapal TLDM yang baru boleh diberi nama KD Sarjan Hassan seperti KRI Imam Bonjol di Indonesia, atau Kereta Perisai yang baru diberi nama Sarjan Hassan atau Hassan.

Kredit; Rozmal Malakan

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT