Kisah terjadinya pohon kayu manis dan pokok cengkih daripada air mata taubat nabi adam

Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih.

Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, “Sedap sungguh air ini.”
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah.

Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, “Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.”
Apa Yang Akan Ditanya?

Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.

Pertanyaan itu ialah, “Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan;

Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ?.

Lalu dijawab : “Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Kala Jengking Neraka di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama “Huraisy” berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat, Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya :

Hai Huraisy!!
Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari ?”
Huraisy pun menjawab,
“Aku mahu mencari lima orang.

Pertama
Orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua
Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

Ketiga
Orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat
Orang yang bercakap tentang dunia
di dalam masjid.

Kelima
Orang yang suka minum arak.”
Simpanlah baik2 sebagai peringatan buat kita setiap hari.

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat, In shaa ‘Allah .
Peringatan untuk diriku sendiri dan juga shbt2 syurga sekalian.
Barokallah hulak

Aamiin

Pihak Apacerita pressl tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Apacerita Press Ya.

Jemput join group –> Ceramah Apa Hari Ini <– ni, sama2 kita berkongsi info islamik. inshaAllah bermanfaat disana. terima kasih atas kerja sama anda semua.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: