kisah seeekor semut yang yakin dengan Rezeki ALLAH

*Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut;🐜*
“Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?”

Maka semut itu menjawab;
“Wahai Nabi ALLAH Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun.”

Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.
Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.
Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi;

“Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun??”
Maka semut itu menjawab;

“Jika diluar botol ini aku yakin ALLAH akan bagi rezeki yang cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup. Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun, Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat.”

Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki ALLAH kepadanya. Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan Rezeki ALLAH maka lebih teruk daripada semut.
Yakinlah rezeki milik ALLAH, buka milik sesiapa. Ianya milik ALLAH secara mutlak.

Segala puji bagi ALLAH.
Untuk renungan kita bersama 😊
Hidayah milik Allah.. moga Allah redha
Rezeki Allah S.W.T Luas
Aamiin.. 🤲🤲🤲

Kredit: Kata-kata Indah Mutiara

Pihak Apacerita pressl tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Apacerita Press Ya.

Jemput join group –> Ceramah Apa Hari Ini <– ni, sama2 kita berkongsi info islamik. inshaAllah bermanfaat disana. terima kasih atas kerja sama anda semua.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: