Kisah Perkongsian Uncle Kentang Kenapa Beliau Sediakan Van Jenaz4h Kepada Orang Islam Dan Kenapa Tidak Sediakan Van May4t Untuk Bukan Islam.

Semua sudah maklum akan Uncle Kentang yang sinonim dengan kerja-kerja amal yang dibuatnya setiap hari.

Dari sumbangan beras, makanan, wang saku, ambulan sehinggalah ke van jenaz4h, semua sudah dia lakukan demi rakyat.

Namun, pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng ini boleh terfikir nak buat bantuan van jenzah, kan?

Hari ini, beliau akhirnya mendedahkan sejarah hidupnya mengapa berbuat demikian.

Mari ikuti perkongsiannya di Facebook seperti di bawah ini.

Mengapa kita bantu mereka yang meniinggal. Kerana masa itu kami semua tak mampu belikan ayah ker4nda.

Mengapa saya orang Cina tapi saya sediakan van jenzah?

Kerana semasa ayah saya mat1, kami tak mampu beli keranda.

Jam 3 pagi saya melihat wajah ayah kaku di atas bangku panjang, bangku kayu, ditutup oleh tikar mengkuang. Kami tak mampu urus beliau.

Masa itu saya baru lepas SPM. Nasib baik abang dapat pinjam wang dari Jaya Watch Seapark punya taukeh, arwah Mr. Fong RM2,500.

Tak kiralah siapa susah, mereka boleh pakai van jenzah.

Mengapa pula saya tak beli van may4t untuk bukan Islam?

Tak perlu, kerana saya tak akan boros.

Kerana banyak group Cina buat bisnes may4t, dan India pun ramai buat van may4t. Dari Mercedes hingga ke Vellfire, hingga ke van mewah.

Siap nombor cantik 8888, 6868, 118, 668. Jadi kita leverage kat mereka ini, call Bee Chai, dia akan urus A ke Z.

Call Rajoo dia akan bawa sami dan urus A to Z dan murah.

The Non Muslim can leverage on the funeral parlours, dan yang penting kita hanya jadi driver van jenazah.

Urusan mandi dan pengebumian kita serahkan kepada team kebajikan urus jenazah.

Episod sedih ayah saya, tidak mahu diulangi lagilah. Kita permudahkan semua mereka yang pulang sebelum kita.

Lagipun orang Cina dan India banyak amalan dalam upacara pengebumian.

Dan kita serah balik pada mereka yang pakar agar mendiang dapat dikebumikan dengan sempurna mengikut adat masing-masing..

Sumber: Uncle Kentang via Kongsisibomonicko