Kisah Pas̷angan Suami Isteri M̷eniingg̷al Di Mekah, Isteri Pergi Selepas Sehari Suami M̷eniingg̷al Duni̷a

Bercinta Hingga Ke Syurga : Keduanya Pergi di Bumi Makkah

“Makluman kepada semua, Isteri kepada Kepada jemaah yang dimaklumkan meningg4l baru-baru ini, telah meningg4l dunia di Jeddah”, tertera mesej ini didalam group whatsapp Pembimbing Umrah Az Zuha.

“إنا لله وإنا إليه راجعون”

Si suami meningg4l dunia di Mekah 24 jam sebelum berangkat pulang ke tanah air. sehari sebelum si isteri. Jen4zah suami beliau diuruskan oleh petugas Az Zuha Travel and Tours hingga selesai ditanam, manakala beliau pulang sedikit lewat daripada jadual asal berbanding jemaah lain.

Ketika mahu berangkat pulang semasa pemeriksaan di lapangan terbang, didapati suhu badannya terlalu tinggi. Maka pada ketika itu, beliau tidak dibenarkan pulang dan dimasukkan ke wad dihospital Jeddah.

Berkemungkinan ditahan 2 hingga 3 hari. Beberapa jam selepas ditahan wad, giliran si isteri dijemput “bertemu” Allah mengiringi pemergian suaminya sehari sebelum itu.

Mereka pergi dalam keadaan anak-anak dan ahli keluarga menanti kepulangan mereka ke Malaysia. Paling bongsu belajar di darjah dua.

Kisah ini seperti sebuah drama. Tetapi ianya adalah kisah benar.

Dari raut wajah, kelihatan masih muda kedua-duanya yang berasal dari Negeri Melaka, Bandar Raya bersejarah ini.Itulah h4kikat kem4tian, tidak mengira umur.

Bagi sesetengah orang, kematian itu adalah suatu yang menakutkan. Takut az4b sakratul ma ut, takutkan azab siks4an kubur serta takut dan sedih meningg4lkan harta dan anak-anak.

Manakala bagi sesetengah orang, kem4tian itu adalah kemuncak kepada kebahagiaan. Kerana hanya melalui jalan m4ti sahaja mereka boleh bertemu dengan Baginda Nabi SAW dan bertemu Allah SWT dialam akh1rat.

Orang yang tidak takut m4ti disebabkan mereka tahu ke mana halatuju mereka selepas kem4tian. Visi dan misi mereka jelas.

Saidina Bilal Bin Rabah seperti dinukilkan di dalam buku Tasawuf Moden Buya Hamka, disaat kem4tiannya beliau berkata, “Alangkah gembiranya”.

Lalu isterinya bertanya, “Wahai suamiku, mengapa disaat sakratul ma.ut engkau berkata gembira. Padahal dari tadi saya berkata ‘Aduh dukacitanya hatiku!’”.

Bilal menjawab, “Tidakkah gembira hatiku, bila aku ingat bahawa aku akan meningg4lkan dunia yang fana, kembali ke alam b4ka untuk menemui Rasulullah SAW yang ku cintai”.

Saidina Bilal gembira akan kemtian kerana beliau tahu akan hal yang akan ditemuinya selepas kem4tian.

Semoga Allah mengampuni kedua-dua pasangan ini. Semoga d0sa mereka diampuni oleh Allah dan diganjarkan dengan ganjaran sebaiknya.

Semoga Allah kurniakan kesabaran kepada anak-anak dan ahli keluarga mereka.

“Ya Allah kurniakanlah kem4tian yang baik kepada kami”.

Faisal Mustaffa

Penyebar Inspirasi Hidup

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: FB Faisal Mustaffa / coretannasihat.net /