Kisah jutawan, Ali Banat seorang pemuda Islam dari Sydney, yang Derma Semua Hartanya sebelum Meniinggal

Kisah jutawan, Ali Banat seorang pemuda Islam dari Sydney, Australia mencetus inspirasi bahawa harta dan kemewahan bukan segala-galanya.

Ahli perniagaan yang memiliki syarikat elektrikal dan keselamatan berusia 32 tahun ini meniinggal dunia setelah bertaarung dengan penyaakit baarah.

Sebelum mengetahui dirinya menghidap baarah, beliau hidup dalam kemewahan, memakai pakaian berjenama dan memandu kereta mewah.

Tiga tahun lalu, Ali, disahkan menghidaap baarah dan diberikan masa selama tujuh bulan untuk hidup.

Namun usia Ali dipanjangkan sehingga tiga tahun setelah terbabit dalam kerja-kerja amal dan kemanusiaan.

Beliau tidak lagi mengamalkan gaya hidup mewah dan membelanjakan wangnya untuk tujuan kebajikan dan kemanusiaan.
Bintang YouTube popular, Adam Salleh telah mengumumkan berita kemaatian Ali menerusi akaun sosial Twitternya semalam.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un! Ali Banat adalah inspirasi kepada saya dan untuk dunia ini! Beliau mempunyai kisah emosi untuk memberitahu dunia bagaimana beliau diberkati dengan kaanser!! Beliau selalu senyum. Saya terkesan bagaimana beliau tewas dalam perjuangan dengan kaanser, Tolong doakan beliau,’’ tulis Adam.

Ali mula dikenali selepas videonya “Gifted With Caancer” atau `Diberkati Dengan Kaanser’ menjadi tular.
Video itu memaparkan kehidupan Ali sebelum ini yang dilimpahi dengan kemewahan.

Bilik tidurnya dipenuhi dengan kasut Louis Vuitton iaitu satu-satunya jenama yang dipakainya, gelang bernilai RM180,000 serta salah satu kereta yang dimilikinya termasuk Ferrari Spider yang berharga RM1.7 juta.

Selepas jatuuh saakit, beliau menyedari kemewahan itu tidak memberi makna kepadanya.

“Apabila anda jaatuh saakit atau anda tidak mempunyai banyak masa untuk hidup, ini adalah perkara terakhir yang anda ingin kejar. Dan itulah bagaimana kita perlu menjalani kehidupan kita setiap hari,’’ katanya dalam video itu.

Ali kemudiannya menderma hartanya menerusi organisasi kebajikan iaitu Muslims Around the World (MATW) yang diasaskannya.
Beliau membina 200 rumah untuk ibu tunggal, masjid, sekolah untuk 600 anak yatim, klinik dan perniagaan untuk penduduk setempat di Togo, Ghana dan Burkina Faso.

Semoga kisah Ali Banat memberikan petunjuk dan inspirasi kepada mereka yang mengejar wang dan kemewahan bahawa duniawi hanyalah sementara dan ia tidak membawa makna jika anda tidak memiliki kesihatan yang baik.

Apa yang lebih penting, pahala dan kebajikan seseorang yang akan dijadikan ukuran di dunia akhirat.

kredit : Koleksi Kisah Tauladan

Pihak Apacerita pressl tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Apacerita Press Ya.

Jangan Lupa Joint Group Berita Semasa

Jemput join group –> Ceramah Apa Hari Ini <– ni, sama2 kita berkongsi info islamik. inshaAllah bermanfaat disana. terima kasih atas kerja sama anda semua.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: