kiriman Dari Kampung Buat Pemuda Tak Tahan Sebaak, Menaangiis Rindu Mak Ayah

Syawal bakal menjelang tiba, namun seolah-olah hanya kesedihan berkunjung dalam kalangan segelintir rakyat Malaysia. Mana tidaknya, bagai tiada harapan untuk pulang ke kampung berikutan peningkatan kes Covid-19.

Bagi ahli keluarga yang tinggal dalam satu negeri, dapatlah mereka menarik nafas lega. Tapi berbeza dengan si perantau, terpaksa menahan rindu apatah lagi sudah berbulan-bulan tidak dapat memeluk orang tersayang.

Situasi seperti itu dapat digambarkan dengan seorang pemuda, matd97 yang menangis hiba apabila menerima kiriman bungkusan sempena Aidilfitri dari kampung halaman.

matd97
Dapaat Kirim Dari Kampung “rasa sebak gila pagi2 Buka Kotak Adaa😭😭 …” #rayadiperantauan #rindukeluarga

original sound – KassimSelamat🧞 – KassimSelamat🧞

Menerusi sebuah video dikongsi di platform TikTok, pemuda berusia 24 tahun itu merakam kesedihannya selepas membuka kotak yang berisi pelbagai jenis kuih serta persalinan baju Melayu untuk digayakan di pagi raya.

“Dapat kiriman dari kampung, Rasa sebak gila, pagi-pagi buka kotak ada…..,” tulis matd97.

Berlatarbelakangkan lagu Air Mata Syawal dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza, rakaman berdurasi 25 saat itu turut mengundang sebak warganet yang berkongsi perasaan sedih seperti dialami pemuda tersebut.

Sedihnya beraya tanpa keluarga

Sabar ya, sama la kita…

Aku pun menangis sekali

Macam ni la jadi anak perantau…

Menerusi posting berlainan, matd97 turut berkongsi tangkapan skrin memaparkan dirinya sedang membuat panggilan video bersama ibu tersayang.

Setahun lebih tak jumpa, maafkan anakmu…

matd97
Setahun Lebih Tak Jumpe😭! Maafkan anakmu bonda Buat Dirimu Menangis😭 Anakrantau Ingatlah Orang TuaMu 😭😩#rindu #anakrantau#fyp

YA ASYIQOL MUSTHOFA TIKTOK HUDHAEFA RAFFA – HUDHAEFA RAFFA

Nak salahkan siapa pun takde guna, sama-samalah kita berdoa agar semuanya pulih seperti biasa. Untuk mereka yang merantau, bagi lupa selalu tanya khabar insan tersayang!

Anda dah baca? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih

Sumber: TikTok matd97