Ketua Keluarga (Suami) Abai Beri Nafkah, Ulaar Penuhi Liaang Lahaad

Kehidupan dalam berumah tangga pastinya sesuatu yang indah dengan kehadiran anak-anak sebagai pelengkap. Isteri merupakan tulang belakang seorang suami untuk berjaya. Pengorrbaanan seorang isteri bukan sahaja ketika dia melahirkan anak-anak hasil perkongsian hidup, malah menguruskan rumah tangga sehingga menerbitkan suasana harmoni dalam sesebuah keluarga.
Dalam perkongsian hidup, nafkah untuk isteri tidak harus dilupakan oleh suami. Kedudukan isteri dalam Islam sendiri sudah menetapkan wang pendapatan yang diperolehi suami perlu diberikan kepada isteri selepas perbelanjaan diri dan seterusnya anak-anak, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain. Kisah kali ini berkait rapat dengan seorang suami yang culas memberi nafkah pada isteri. Ikuti selanjutnya.

Suatu hari di Kampung Pasir Hor, Tok siak membuat pengumuman mengenai seorang penduduk kampung yang dikenali dengan nama Farhan yang baru meniinggaal dunia.

Farhan meniinggalkan tiga orang anak yang masih kecil dan isteri yang masih muda. Segalanya berjalan dengan baik, mungkin kerana ketika hayaatnya Farhan seorang yang baik, dermawan dan sering membantu orang yang dalam kesusahan. Upacara pengebuumian Farhan dihadiri ramai orang kampung dan rata-ratanya bersediih dengan pemergian individu sebaik Farhan kecuali isteri dan anak-anaknya yang kelihatan tenang dengan kehilangan tersebut.

Dipenuuhi Ulaar

Sebelum tiba di perkubuuran semuanya berjalan lancar, sehinggalah sesuatu yang aneh berlaku ketika urusan pengebuumian. Jenaazah Farhan sukar untuk dikebumiikan kerana dalam liaang lahaadnya penuh dengan ulaar-ulaar berbisa yang entah dari mana datangnya.

Melihatkan keadaan itu, Tok Penghulu memutuskan untuk memanggil bomba dan keluarkan ulaar-ulaar yang ada. Allah itu Maha Kuasa, semakin lama ulaar-ulaar tersebut semakin bertambah jumlahnya walaupun sudah ada yang dikeluarkan dari liaang tempat jenaazah Farhan akan dikebuumikan itu.

Semua yang hadir kehairanan melihat kejadiaan seumpama itu. Fikir mereka apalah dosa Farhan sedangkan arwaah dahulu seorang yang tidak pernah tinggalkan solat, tidak kedekut dan rajin bersedekah dan menderma. Malah, dia juga seorang yang ringan tulang dan sering membantu ahli keluarga yang lain selain orang kampung.

Hari semakin lewat, masalah liaang yang dipenuhi ulaar masih belum selesai. Imam menyarankan untuk menggali kubuur yang lain tapi perkara yang sama masih lagi berlaku. Melihatkan keadaan itu, Imam dan penghulu pergi kepada isteri Farhan, Azira untuk bertanyakan apakah perbuatan Farhan yang tidak diketahui umum.

Bagaikan sudah lama terbuku di hati, Azira membuka cerita mengatakan Farhan seorang yang tidak bertanggungjawab kepada dia dan anak-anaknya.

“Farhan seorang yang baik dan suka berderma. Baik kepada ibu dan adik-beradiknya. Baik kepada orang ramai tapi dia tidak berlaku baik kepada saya dan anak-anak. Dia tak bertanggungjawab, dia abaikan nafkahnya kepada saya dan anak-anak. Katanya sebab saya dah banyak duit berbanding dia.

“10 tahun saya hidup dengan arwaah penuh rasa sabar dan tertekan. Dia hanya layan saya dengan baik adalah dalam tiga ke empat jam seminggu. Selebihnya dia ikut rasa hati dan perasaan dia. Bukan sahaja badan saya yang sakiit, malah hati juga terluka.

“Saya halalkan duit saya yang saya belanjakan untuk dia. Tapi saya tak akan pernah halalkan nafkah dari dia untuk saya dan anak yang dia tak tunaikan dengan baik. Kecuali dia tak berduit. Tapi saya tahu dia ada banyak duit hasil perniagaan dia. Itu kewajipan dia. Saya juga tak halalkan setiap perkataan caci maki terhadap saya dan anak sepanjang kami hidup bersama,” cerita Azira panjang lebar.

Pengajaran

Terkejut Imam dan Penghulu mendengar luahan isteri arwah. Keduanya memohon supaya dimaafkan arwaah Farhan namun Azira seakan berkeras dengan keputusannya itu.

Akhirnya, semua memutuskan untuk kebumikan sahaja jenaazah dengan beratus ekoor ulaar aneh yang berbisa. Peringatan untuk lelaki, jangan pernah ambil mudah nafkah dan layanan terhadap isteri. Nafkah kepada anak dan isteri itu adalah wajib. Walaupun isterimu seorang jutawan, tanggungjawab dan nafkah untuk mereka adalah wajib.