Kereta terbaabas, pemuda panjat keluar longkang minta bantuan

Dianggap sebagai orang kurang siuman kerana berpakaian kotor, namun mujur mangsaa kemalaangan ini masih dibantu oleh seorang individu prihatin.

Individu tersebut, Azizi Azizan yang sedang bekerja didatangi mangsaa selepas terbabit kemalaangan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada Rabu malam.

Menerusi perkongsian Azizi di laman Facebook semalam, difahamkan mangsaa berusaha mendapatkan bantuan selepas kereta dinaiki terbaabas masuk ke dalam longkang.

“Ingatkan orang tak betul mai dengan penuh lumpur satu badan”

“Dia kata rasa macam dah 3 hari pengsan. Bila call mak dia, mak dia cakap baru keluar rumah semalam (Rabu). Rupanya dia pengsan.. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umurmu,” tulisnya.

Selain itu, Azizi turut memberikan sebotol air minuman dan baju sejuk selepas mangsaa mengadu kehausan serta kesejukan sebelum menerima bantuan poliis dan pihak perubatan.

“Dia kata haus, sejuk”

Posting tersebut menerima 1,200 tanda suka dan 1,400 perkongsian dalam kalangan warganet serta komen yang meluahkan rasa kasihan terhadap mangsaa selain memuji tindakan murni Azizi.

Terbaabas ke?

“Dia jalan mai kat aku, aku kerja..”

Tahniah sebab tolong selamatkan

Alhamdulillah panjang umur

Sumber: Facebook Azizi Azizan