Kerajaan Arab Saudi Mendedahkan Gambar Makam Nabi Ibrahim Buat Kali Pertama

Sehari selepas mengeluarkan imej batu Hajarul Aswad, kerajaan Arab Saudi bertindak mendedahkan imej Makam Nabi Ibrahim yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

Menurut Saudi Gazette, Presidensi Hal Ehwal Dua Masjid Suci menjelaskan gambar yang beresolusi tinggi itu diambil menggunakan teknik baharu iaitu ‘stacked panaromic focus’ sama seperti gambar Hajarul Aswad.

Makam berkenaan turut merangkumi batu yang mengabaadikan bekas tapak kaki Nabi Ibrahim ketika berdiri untuk membina Kaabah apabila temboknya semakin tinggi. Batu berkenaan dilitupi emas, perak dan diletakkan dalam bingkai bercermin bagi memelihara jejak kaki Nabi Ibrahim.

Dalam siri ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter, Presidensi Hal Ehwal Dua Masjid Suci turut menyertakan beberapa keping gambar yang menampilkan sisi tempat suci itu, yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Berdasarkan gambar, Makam Nabi Ibrahim itu adalah sebutir delima dari syurga, yang terletak di depan pintu Kaabah, iaitu antara 10 hingga 11 meter di timur Kaabah, menuju ke Safa dan Marwah.

Menurut Presiden, bahawa tempat suci itu ialah batu arkeologi segi empat itu berukuran 40 sentimeter(cm) panjang, 20 cm tinggi dan 20 cm lebar, di mana Nabi Ibrahim berdiri ketika pembinaan dinding Kaabah semakin tinggi.

Warna batu itu pula ialah kekuningan dan putih kemerahan, dengan bekas tapak kaki berukuran 27cm panjang dan 14cm lebar terletak di tengah batu berkenaan.

Berdasarkan kepercayaan Islam, Allah menurunkan Batu Hitam dan batu makam itu dari syurga kepada Nabi Ibrahim serta Ismail, selepas mereka diarahkan untuk mengangkat tapak Kaabah.

Batu keramat ditanda kesan dua bekas tapak kaki dan menurut sejarah, ia kekal berada di sisi Kaabah sebagai antara mercu tanda utama Makkah.

Apabila Nabi Muhammad menawan kota Makkah, baginda bersama sahabat-sahabat mengambil keputusan untuk mengalihkan batu itu dari lokasi asal berdekatan Kaabah ke lokasi sekarang, sejauh lebih 10 meter.

Ia dilakukan bagi memudahkan urusan melakukan tawaf dan memberi ruang kepada orang ramai untuk solat di belakang batu suci itu, seperti terkandung dalam Al-Quran.

Kredit : BeritaHarian dan Haramain Sharifain