Kenapa Da-jjal Juga Menggunakan Gelaran Al-Masih

Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Sebelum dunia berada di ambang kemusnahan, iaitu berlakunya hari Kiamat dan munculnya hari pembalasan, manusia akan diuji dengan ujian yang paling dasyat, iaitu kemunculan Dajjal.

Dajjal yang muncul akan membawa fitnah yang paling besar kerana sifatnya sebagai pendusta dengan menyembunyikan kebenaran dan membuat tipu daya terhadap manusia.

Disebabkan dasyatnya fitnah Dajjal ini, banyak hadis dan penceritaan yang menyebut agar golongan muslim dapat menjaga diri sendiri daripada terkena fitnah ini. Antaranya ialah dengan mengamalkan 10 ayat awal dan akhir surah Al-Kahfi serta membaca doa yang diajarkan Baginda SAW.

“Ya Allah, sesungguhnya Aku berlindung kepadaMu daripada azab ku-bur, daripada azab neraka jahanam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 588)

Walau bagaimanapun, wujud persoalan mengenai Al-Masih Al-Dajjal, iaitu mengapa panggilannya adalah sama dengan al-masih Isa.

Bagi umat Islam, Isa merupakan nabi yang ke-24 dan membawa ajaran Islam kepada kaumnya ketika itu manakala Dajjal pula merupakan seorang pembawa fitnah pada akhir zaman.

Makna Al-Masih

Al-Masih sebenarnya membawa maksud mengusap. Ia berasal daripada perkataan Arab. Terdapat dua orang yang diberi gelaran Al-Masih, iaitu Dajjal dan Nabi Isa.

Untuk permaknaan ini, para ulama membahaskan kerana sifat kedua mereka yang akan membawa ajaran dan jalan masing-masing agar pengikut mereka yakin dengannya dan mereka berdua juga akan bertemu di akhir zaman untuk mengakhiri peperangan yang berlaku pada masa itu.

Malah, bagi pendapat jumhur ulama yang lain termasuk apa yang diperkatakan oleh Mufti Wilayah, iaitu Al-Masih pada Nabi Isa membawa maksud orang yang membawa kebaikan dan kebenaran manakala pada Dajjal ialah orang yang membawa kebatilan dan kejahatan.

1. Al-Masih Isa

Nabi Isa digelar al-Masih kerana beliau banyak mengembara. Dalam erti kata lain, beliau telah banyak ‘mengusap’ permukaan bumi dan tidak menetap di suatu tempat sahaja.

Beliau juga diceritakan boleh menyembuhkan orang sakit dengan usapan tangannya.

“Nabi Isa AS disebut Al-Masih kerana Baginda mengusap dengan tangannya pada orang yang sakit, orang yang bu-ta sejak lahir, orang yang menderita sakit kusta, kemudian mereka sembuh dengan izin Allah SWT.” (Lisan Al-‘Arab, 2:593)

2. Al-Masih Dajjal

Menurut beberapa perbahasan ulama yang diceritakan melalui kitab-kitab bahawa, Dajjal dikatakan akan datang dari seluruh pelusuk bumi dan berpindah-randah dengan sangat cepat.

Dia juga boleh mengembara dengan mengunjungi mana-mana sahaja daerah yang diingini kecuali Mekah dan Madinah.

Al-Masih ini akan muncul pada akhir zaman dengan tugas masing-masing dan bagi umat Islam, wajib ke atasnya percaya dan beriman bahawa hari tersebut akan muncul untuk mengalahkan kebatilan.

“Sesungguhnya Al-Masih Isa akan membunuh Al-Masih Dajjal” (Al-Misbah Al-Munir, 2:572)

Wallahu a’alam.

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih