Kemaatian yang dicembuurui, bilal masjid rebah sejurus turun mimbar

KEMaATIAN yang dicembuurui, begitulah rata-rata komen netizen berhubung kemaatian seorang bilal sehingga kisah itu tular di laman sosial.

Menurut perkongsian menerusi Facebook rasmi Masjid An-Nur Felda Teloi Timur, Ahmad Saad, 68, yang juga seorang peneroka Felda rebah dan kemudian menghembuskan naafas terakhiirnya selepas melaungkan azan Isyak.

“Malam ini ada kemaatian di Masjid An-Nur Felda Teloi Timur. Beliau ialah bilal sukarela di masjid ini.

“Seorang yang aktif di masjid dan selalu melaungkan azan secara sukarela di masjid. Hilang lagi sebutir permata. Meniinggal malam Jumaat,” ujar pengendali masjid yang terletak di Kuala Ketil, Kedah itu.

Posting berkenaan turut disertakan dengan foto jemaah mengelilingi jenaazah sejurus dia rebah.

Sehingga kini, ia menerima ratusan perkongsian daripada pelayar Facebook dan turut ditularkan menerusi platform media sosial lain.

Dalam pada itu, setiausaha masjid berkenaan, Noratzman Ismail, 39, sewaktu dihubungi mStar mengesahkan kejadiaan berkenaan.

Ujarnya, arwaah baru sahaja selesai mengalunkan azan sejurus aktiviti bacaan Yasin yang dilakukan setiap minggu pada Khamis malam Jumaat di masjid itu.

“Selepas baca Yasin, dia bangun untuk azan Isyak. Habis sahaja azan, dia turun mimbar nak tutup suis mikrofon, terus rebah.

“Sempatlah imam pangku, ajar mengucap. Dalam tiga minit dia dah tiada. Semalam memang sedap dia azan, sedap dari biasa.

“Bunyi elok, sedap lain macam. Arwaah ni seorang yang peramah, baik dan menghormati orang,” ujar Noratzman yang juga pembantu tadbir di Sekolah Kebangsaan Teloi Timur.

Urusan solat jenaazah dilakukan pada 11 pagi Jumaat dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Felda Teloi Timur.

Dalam pada itu, netizen turut menghujani posting berkenaan dengan pelbagai komen berhubung kemaatian bilal itu.

“Pengakhiiran yang sangat cantik! Allahuakhbar.

“Innalillahiwainnailahirojiun. Alhamdulilah pengakhiiran yang baik. Semoga Kita semua juga di akhir hayaat seperti beliau. Al-Fatihah.

“Kemaatian yang dicembuurui. Semoga ditempatkan dalam kalangan para solihin,” tulis beberapa netizen.