Kebesaran Allah SWT, Kalimah Allah Pada Pokok Rambutan

Sedikit ingin san kongsikan pengalaman ketika balik ke kampung ialah perkara yang agak menarik iaitu terdapat kalimah “ALLAH” pada batang rambutan. Mulanya san diberitahu oleh abe Nik tentang apa yang dilihat olehnya dan kak mah kat kebun.

Kak mah balik ceritakan kat rumah, kebetulan hari tersebut adalah tender getah. Untuk meyakinkan lagi mek ayah, san dan keluarga, abe nik pergi balik ke pokok tersebut dan menangkap beberapa keping gambar. Selepas kerja-kerja tender getah, san bersama mek, kak ti, kak mah, abe nik pergi melihat sendiri pokok tersebut.

Amat menakjubkan kerana tulisan tersebut begitu jelas. Tulisan tersebut terhasil daripada kulit pokok. Berikut merupakan gambar yang sempat san ambil..

Memandangkan kulit rambutan jenis bertompok-tompok putih, ia sangat jelas kerana kulit itu gelembung kehitaman di bawah kulit putih..

Sumber: Hafsan&Ashiah via Majalah-Harian.com