“Kau Nangiis Tak Kalau Aku Takda?” – Gadis Sebaak Sahabat Baik Pergi Selamanya

Selain ahli keluarga, kehilaangan seorang sahabat sejati juga merupakan sesuatu yang sukar itu diterima. Di samping sentiasa menceriakan, merekalah yang selalu bersama tatkala susah dan senang dalam mengharungi arus kehidupan. Namun apabila tiada, dunia terasa gelap seketika dan mungkin begitulah gambaran sayu yang dilalui oleh seorang gadis ini.

Sampai sekarang masih tak sangka dia pergi secepat ini…Jangan pernah bosan untuk muncul dalam mimpi
Menerusi akaun Tiktok @badvibesssss_, dia telah berkongsi sebuah video yang mengimbas semula foto detik-detik manis bersama dengan Allahyaarhaam sahabatnya. Gadis ini tidak dapat menahan rasa rindu terhadap teman baik yang juga merupakan sepupunya. Sehingga kini, Ici masih tidak menyangka bahawa rakan baiknya itu akan pergi secepat itu. Pada awalnya, dia merupakan insan yang paling sukar untuk mengikhlaskan pemergian. Namun dia berharap agar Allahyaarhaam akan muncul di dalam mimpinya sebagai pengubat rindu.

@badvibesssss_

kgn bgt:’)

♬ original sound – 𝑴𝒐𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅𝒓𝒊𝒛𝒛𝒌𝒚𝒚 – 𝑴𝒐𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅𝒓𝒊𝒛𝒛𝒌𝒚𝒚

Ikhlaskan pemergiannya agar tenang…nanti dia pasti akan muncul dalam mimpi awak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebaak dengan apa yang dilalui oleh Ici. Mereka juga sempat berkongsi pengalaman ketika kehilangan sahabat yang tersayang. Ada juga yang memberi kata-kata semangat serta nasihat supaya sentiasa menghargai insan-insan sekeliling. Video yang berdurasi 28 saat ini telah meraih hampir 4 juta tontonan di aplikasi Tiktok.

Sumber : Tiktok @Badvibesssss_