“Kamu satu dalam sejuta..” – Diuuji kanseer, wanita syukur anak buah temui cinta sejati

Meskipun ramai yang berkata sukar ingin mencari cinta sejati, namun tidak mustahil ia wujud bagi segelintir pasangan yang bercinta tanpa mengira rupa paras atau keadaan fizikal.

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Izyan Izdihar Shaarani yang memaparkan anak saudaranya hanya mampu terlantar di atas katil selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati.

Dikelilingi insan2 yang baik
Difahamkan, pengantin perempuan tersebut yang dikenali sebagai Fatihah Aireina menghidaap kanseer dan masih mencari kekuatan untuk menjayakan majlis tersebut pada hujung minggu lalu.

Menerusi posting berkenaan juga juga, Izyan telah membuat satu ucapan buat pengantin lelaki bernama Aiman yang telah sudi menerima serta menyayangi anak saudaranya itu dalam apa jua keadaan.

Baring pun cantik
Dapat diperhatikan menerusi foto yang dimuat naik, Nina tetap kelihatan cantik dan dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi dirinya pada hari bahagia.

Cinta sejati…
Menjengah pula ke ruangan komen, posting itu dipenuhi dengan ucapan tahniah serta doa agar Nina dapat kembali sembuh seperti sediakala.

Rupanya cinta sejati itu memang wujud, semoga perkahwinan yang dibina pasangan ini disemai dengan penuh kasih-sayang dan kebahagiaan.

Sumber: Izyan Izdihar Shaarani