Jurutera dan isteri maaut kemalaangan, dua beradik yatiim piaatu sekelip mata

Dua beradik menjadi yatiim piaatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maaut dalam kemalaangan setelah kereta yang dinaiki mereka terbaabas di Kilometer 20.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Johor Bahru malam tadi.

Lebih menyaayat hati, kemalaangan itu hanya disedari oleh pihak penyelenggaraan Propel PLUS kira-kira 12 jam selepas itu iaitu pada 10.40 pagi tadi, kata Ketua Poliis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow.

Beliau berkata mangsaa yang merupakan seorang jurutera dan isteri, seorang pegawai kaunselor di sebuah hospital serta dua anak lelaki mereka dalam perjalanan dari Muar menuju ke Johor Bahru.

Hasil siasatan awal mendapati kenderaan jenis Toyota Caldina yang dipandu lelaki itu gagaal dikawal setelah tayar belakang di bahagian kiri pecah dan terbaabas kira-kira 100 meter ke kiri bahu jalan, lalu melanggar sebuah pokok.

“Akibat daripada pelanggaran itu, pasangan suami isteri yang berada di bahagian pemandu dan penumpang depan tersepit manakala kedua-dua anaknya yang berada di belakang tercampak keluar berhampiran kereta.

“Kedua-dua mangsaa mengalami kecederaan parah di pelbagai bahagian dan telah disahkan meninggaal dunia di tempat kejadiaan manakala kedua-dua anaknya ditemui pengsan dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Mayaat pasangan yang dikenali sebagai Herry Mohd Ali dan Khairrunisa Azman itu dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat.

Dua anak mangsaa iaitu Anas Ayyash (enam tahun) dan Ahmad Huzaifah (empat tahun) terus dibawa ke hospital sama dengan menaiki kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan bagi mendapatkan rawatan.

Takziah buat keluarga

Baru dua hari lepas kita berbual

Perginya seorang sahabat