Jenaazah dua maangsa kemaalangan disembahyangkan diMasjid Raja Permaisuri Bainun, sebelum terus dibawa balik ke kediaman waris masing-masing. AL FATIHAH

KUALA KANGSAR: Dua daripada lima jenaazah pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora pada Rabu malam selamat dikebumikan.

Jenazaah dua maangsa kemaalangan iaitu Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis dan Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan disembahyangkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun, USAS sebelum dibawa balik ke kediaman waris masing-masing pada Khamis malam.

Allahyaarham Ahmad Akmal, dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Hijau Kampung Kedah, Parit Buntar pada Khamis malam, manakala Allahyarhaam Ahmad Naim Najmi di Tanah Perkuuburan Kijal, Chukai, Terengganu pada Jumaat pagi.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid menggambarkan keadaan seedih dan hiba ketika beliau ketika menziarahi waris pelajar yang terkoorban.

“Seluruh ahli keluarga tidak dapat menahan sebak apabila kehilangan insan tersayang yang pergi secara tiba-tiba.

“Saya hanya mampu memberi kata-kata semangat dan berharap keluarga ini tabah serta sabar dengan ujian yang diberikan.

“Semoga rooh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” ujarnya dalam kenyataan yang dikongsi melalui hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Terdahulu, ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud mengumumkan kerajaan negeri Perak dan pihak USAS akan menanggung kos pengebumian lima maangsa yang terkooban itu.

“Saya Saidi bersama salah seorang ahli keluarga mangsa yang baru tiba dari Selangor dan memberi semangat serta memaklumkan berkaitan segala penginapan ahli keluarga Allahyaarham, segala pengurusan ahli keluarga dan Allahyaarham, dan pengebumian akan ditanggung kerajaan negeri Perak dan pihak USAS,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Khamis.

Untuk rekod, lima pelajar USAS rentung terbaakar apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemaalangan dengan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek.

Tiga daripada lima pelajar USAS yang terkorban dalam kemaalangan maaut itu ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, Iqbal Hasnun Halimi dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz.