Janji Sehidup Sem̷aati, Suami Menyusul Selepas Perm̷eergian Isteri Akib̷aat C̷oviid-19, Al-Fatihah

SIK, 12 Julai – “Mereka dah janji nak sehidup sem4ti, tak sangka akhirnya mereka ‘pergi’ bersama,” luah Zuriyani Ramli, sayu bercerita tentang ibu dan bapanya yang meningg4l dunia akib4t C0VID-19 masing-masing pada Jumaat dan semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sik, di sini.

Zuriyani, 42, yang turut disahkan positif C0VID-19 dan dirawat di hospital sama berasa terkilan apabila tidak dapat menatap wajah ibunya, Salmah Shariff, 74, buat kali terakh1r sebelum jen4zah dibawa keluar dari hospital untuk dikebumikan.

Namun, suri rumah itu tetap bersyukur kerana bapanya Ramli Awang, 82, ditempatkan di wad sama dengannya dan sempat meluangkan masa sehingga warga emas itu pula dijemput Ilahi.

“Kami bertiga dirawat di hospital sama dan saya duduk satu wad dengan ayah, mak pula menerima rawatan di wad kecemasan. Jadi saya tak dapat tengok mak langsung dari mula masuk hospital sampai beliau meningg4l dunia pukul 11.50 malam hari Jumaat lepas.

“Ayah duduk satu wad dengan saya dan kami sempat baca Yassin sama-sama. Malah, semasa ayah n4zak saya sempat ajar ayah mengucap dan beliau menghembvskan naf4s terakhir depan mata saya pada pukul 12.05 tengah malam semalam,” kata Zuriyani dalam nada seb4k ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Zuriyani yang tinggal di Kampung Kota Bukit, Jeneri, di sini bersama suami dan lima anaknya berusia antara enam hingga 20 tahun berkata, bapanya yang menghidap strook tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu sebelum ibunya menyusul beberapa minggu kemudian.

“Sebelum ini ayah dan mak tinggal di rumah mereka di Kampung Batu 9, Gurun, bersama seorang lagi adik lelaki saya yang belum berkahwin. Saya bawa ayah duduk dengan saya sebab nak jaga dia dan mak pun ikut sekali selepas itu,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai jangkitan C0VID-19, Zuriyani berkata beliau tidak pasti siapa yang pertama dijaangkiti dahulu, namun penyaakit itu mula dikesan pada dirinya.

Zuriyani berkata sebelum disahkan positif C0VID-19, dia mengalami demam dan batuk selama seminggu dan beransur pulih, namun memutuskan untuk ke hospital bagi mendapatkan ubat batuk pada Jumaat lepas.

“Di hospital, doktor kata saya perlu buat ujian calitan. Apabila tahu saya positif C0VID-19 saya terus telefon adik lelaki saya suruh bawa ayah ke hospital, sebab ayah juga beberapa hari sudah demam dan sejak itu tak boleh bercakap. Mak pula batuk-batuk tapi ingatkan batuk biasa sebab usia tua,” katanya.

Wanita itu berkata selepas bapanya disahkan positif C0VID-19 pihak hospital mengambil ibunya di rumah yang kemudian turut disahkan positif dan dimasukkan ke wad kecemasan disebabkan keadaannya yang agak lemah.

“Saya tak sangka mereka positif. Saya ingat ayah yang kritikal sebab ada strok, tapi tak sangka mak yang pergi dulu sebelum ayah. Saya tak tahu kena jangkitan dari mana sebab saya tidak pergi ke mana-mana, rutin harian saya jaga mak ayah dan masak untuk mereka sahaja,” katanya.

Zuriyani berkata suami dan lima anaknya turut menjalani ujian saringan C0VID-19, namun keputusannya belum dimaklumkan dan berharap mereka bebas jangkitan.

“Sebelum ini, ayah ada cakap yang dia nak beraya (Hari Raya Aidiladha) dengan saya sekeluarga, malangnya tak kesampaian. Ayah juga selalu pesan agar jangan tinggal sembahyang,” katanya yang turut memberitahu jen4zah ibu dan bapanya dikebumikan di tanah perkuburan di kampung mereka.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi berkata pasangan suami isteri warga emas itu dimasukkan ke Hospital Sik pada Jumaat lepas dengan gejala jangkitan salur pern4fasan dan kem4tian adalah akib4t pneumonia C0VID-19.

SUMBER:thekakiviral / maibaca.net /