Isteri mimpi suami ‘minta tolong bawa naik’

KUALA BERANG – “Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik.

“Pagi ini suami ditemui. Syukur walaupun dalam keadaan sangat menyeedihkan,” kata Syarifah Ramli, 19, isteri kepada Ami Azzizol Abu Bakri, 21, yang mayaatnya ditemui pada jam 7.10 pagi tadi.

Syarifah yang tidak dapat menahan keseedihan juga dikatakan rebah dan tidak bermaya sebaik melihat mayaat suaminya dibawa naik ke darat.

Katanya, walaupun suaminya ditemui dalam keadaan tidak bernyaawa namun dia tetap bersyukur, sekali gus mengakhiri penantian dia dan keluarga.

“Memang sangat sediih dengan apa yang berlaku, namun saya reda. Biarlah suami berehat di sana dengan tenang,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayaat Hospital Hulu Terengganu, hari ini.

Sabtu lalu, Allahyaarhaam Ami Azzizol dikatakan ke kawasan Sungai Petuang, Jeram Harimau, Tasik Kenyir, untuk berbulan madu bersama isteri dan bercuti dengan ahli keluarga mentua.

Arwah dilaporkan lemas ketika berenang di sungai hadapan rumah rakit yang disewanya jam 5.50 petang.

Syarifah berkata, beliau bersyukur Allah memperkenankan hajatnya melihat suami buat kali terakhir dan membawa pulang jasaadnya untuk disemadikan.

Beliau yang melangsungkan perkahwinan dengan Ami Azzizoll pada 21 Mac lalu mengakui sangat bahagia menjalani kehidupan rumah tangga dengan arwaah walaupun hanya seminggu bergelar isteri.

“Sepanjang bergelar isteri, saya benar-benar rasa bahagia malah bagi saya, dia bukan saja suami yang terbaik tetapi juga anak serta kawan yang baik,” katanya.

Sementara itu, kakak arwaah, Maizunira, 24, berkata arwaah adiknya akan disemadikan bersebelahan kubur abang sulungnya, Ami Amri yang meniinggaal dunia akibat lemas pada tahun 2004.

“Arwaah abang yang ketika itu berusia 21 tahun lemas ketika menyelamatkan sembilan rakan nelayan selepas bot gentian kaca dinaiki mereka karam di muara Sungai Dungun jam 11 malam,” katanya.

Katanya, arwaah adiknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syed Yahya, Kampung Sungai Buaya, Dungun, hari ini.