Ikan Gergasi Berasal Dari Laut Dalam Sepanjang 16 Kaki Ditemui Sekumpulan Nelayan Cetus Kebimbangan Geempa Bumi Berlaku

Dalam beberapa hari ini tular mengenai tangkapan sekumpulan nelayan yang mengejutkan orang ramai apabila mereka berjaya menangkap seekor ikan laut dalam sepanjang 16 kaki atau 5 meter.

Ikan besar yang diperoleh para nelayan itu mencetuskan sensasi dikalangan penduduk setempat yang rata-rata berpusu-pusu datang untuk melihat ikan itu depan mata mereka sendiri.

Spesis ikan laut dalam yang ditangkap oleh kumpulan nelayan walaupun dianggap ‘rare’ tetapi tu bukanlah kali pertama ditemui di dunia ini, malah Ikan yang ditangkap oleh kumpulan nelayan itu dikenalpasti sebagai ikan oar.

Kemunculan ikan oar yang berasal dari laut dalam ini bagaimanapun menimbulkan rasa resah dan bimbang terhadap segelintir orang yang berpendapat ianya merupakan satu petanda yang kurang baik.

Di Jepun, masyarakat setempat percaya bahaya sekiranya ikan oar ini muncul, ia membawa petanda geempa bumi bakal berlaku dalam masa terdekat.

Bahkan dalam kejaadian gempa bumi di Fukushima pada tahun 2011, puluhan spesies ikan ini muncul dan dikesan di Jepun sebelum gempa bumi berlaku.

Walaupun begitu, tiada bukti saintifik yang menunjukkan penemuan ikan oar dengan kejaadian gempa bumi.
Ikan oar ini juga pernah dilaporkan ditemui oleh nelayan di Malaysia.

Habitat ikan oar ini adalah di kawasan laut dalam, namun ia cenderung untuk naik ke permukaan apabila keadaan fizikal lemah, saakit, membiak atau peningkatan arus air.