Ibu ‘Perrgi’ Sebelum Majlis Konvo, Gadis Sebaak Dapat Tunaikan Hajaat Terakhiir..

Tidak dinafikan bahawa hari konvokesyen merupakan detik yang paling dinantikan oleh kebanyakan penuntut universiti. Namun siapa yang dapat menahan kesedihaan apabila insan kesayangan sudah ‘perrgi’ terlebih dahulu sebelum sempat melihat kejayaan tersebut. Piilu dan sebaak, itulah yang tergambar menerusi kisah gadis dari Indonesia ini.

Berjaya tunaikan impian, tapi ibu ‘perrgi’ 75 hari sebelum majlis konvokesyen berlangsung
Menerusi paparan di TikTok, Safirah Nadhila berkongsi berita gembira apabila berjaya bergraduasi. Namun hasrat ibunya untuk melihat moment tersebut tak kesampaian kerana telah dijemput Ilahi 75 hari sebelum majlis konvokesyennya. Sambil memakai jubah di depan laptop, dia dilihat gagal menahaan tangisaan dan berdakapan dengan bapanya.

Ibu & ayah sanggup membanting tulang dengan berniaga sebab nak tanggung kos pengajian
Dalam pada itu, gadis berkenaan mengakui bahawa ibu dan ayahnya sanggup berhempaas pulas mencari rezeki untuk membiayai kos pengajian. Meskipun sudah tidak berdaya, namun wanita berkenaan tetap berusaha asalkan anaknya berjaya menamatkan pelajaran. Dengan nada sediih, Safirah akui sediih terpaksa meraikan detik tersebut tanpa ibu kesayangan.

@gadiscaramel

dila syg mma dan dila kgn mma 🤍🥺 #fyp #fypdong #wisuda2020

♬ Melukis senja Cover by Ray – Ray

Sediih tengok pengorbanaan ibu & ayah dia, sanggup buat apa saja
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat pengorbanan ibu bapa demi masa depan gadis tersebut. Selain itu, mereka juga sempat berkongsi pengalaman sama ketika hari graduasi.