Ibu Ini Harapkan Doa Dari Semua Semoga Ada Keajaiban Di Bulan Ramadhan Al Mubarak Ini Untuk Kesembuhan Anaknya. Aminn

Kisah pilu anak kecil baru umur 14 bulan bernama Khadejah Aisyah Binti Mohamad Faiz yang tak seperti anak lain, berlari, bersuka ria.

Anak kecil ini disahkan menghidap hidroceplus, jantung berlubang, jejunal atresia (usus), masalah pernafasan dan kecacatan kedua kakinya.

Luahan ibunya Cikyah Van Der Woodsen di facebook supaya Allah beri keajaiban kesemuanya pada anaknya yang terlantar, sebab hospital beritahu dia akan terbaring seumur hidup tetapi ibu ini sering berdoa dan meminta para ibu doakan anaknya kerna doa para ibu tiada hijab, katanya.

Luahan si ibu:

Assalamualaikum..

Di Hari jumaat penghulu Hari pada bulan ramadhan yg mulia dan penuh barakah ni..sy ingt memohon ibu2 sudi utk mendoakan puteri kesayangan saya Khadejah Aisyah Binti mohamad Faiz..satunya2 anak saya yg sangat saya kasihi.

doakan Khadejah sihat seperti anak2 yg lain,doakan satu Hari nti Khadejah dapat makan Dan minum mcm anak2 normal yg lain,doakan Khadejah dapat bernafas melalui hidung Dan off trachy satu Hari nti..

doakan juga anak ini dapat berjalan dapat berlari2 mcm anak2 yg sihat sempurna..walaupon doktor ckp Khadejah akan telantar seumur hidupnya,

tp ibu sentiasa menadah tangan berdoa akan Ada keajaiban utk anak ibu Khadejah Aisyah..semoga Ada diantara doa2 ibu yg mustajab Dan didengar Dan diangkat oleh Allah swt dibulan Ramadhan yg mulia ini.

Anak ini sangat comel dan kita semua berharap pada Allah akan sembuhkan penyakitnya, amiin.

Sumber:maibaca.net