Hukum Baca Ayat Quran Pada Air Minum Untuk Bagi Orang Saakit Minum

Saya pernah melihat seorang ustaz di kampung saya mengubat orang saakit dengan cara dia baca beberapa ayat Quran selepas itu dia tiup ke dalam air masak kemudian bagi orang saakit minum. Apakah boleh di sisi agama berubat dengan cara macam itu?

Merawat orang yang saakit dengan kaedah membacakan ayat-ayat Quran kemudian ditiupkan pada air dan diberi minum kepada orang yang saakit adalah harus hukumnya. Tersebut pada himpunan fatwa Mufti Jordan :

لا بأس بقراءة القرآن الكريم على شيء من الماء والاستشفاء به

Artinya : “Tidak mengapa dengan membaca Quran atas suatu seperti air dan dibuat berubat dengannya.” (Darul Ifta Jordan)

Dan berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar :

وذكر بن بطال أن في كتب وهب بن منبه أن يأخذ سبع ورقات من سدر أخضر ، فيدقه بين حجرين ، ثم يضربه بالماء ويقرأ فيه آية الكرسي والقوافل ، ثم يحسو منه ثلاث حسوات ، ثم يغتسل به ؛ فإنه يذهب عنه كل ما به

Artinya : “Telah menyebut oleh Imam Ibnu Batthal sungguhnya pada kitab Wahab bin Munabbah bahawa diambil tujuh helai daun sidir yang segar kemudian ditumbuk dengan batu lalu diramas dengan air dan dibacakan padanya akan ayat Kursi dan

Al-Qawafil kemudian di hirup daripadanya tiga kali kemudian mandi dengannya maka sungguhnya ia ubat bagi menghilangkan penyakit yang ada padanya.”(Kitab Fathul Baari Syarah Sahih Al-Bukhari)
Surah Al-Qawafil ialah surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas dan Al-Falaq dan An-Nas.

Dan telah berkata Imam Ibnu Muflih Al-Hanbali :

نقل عبدالله أنه رأى أباه يعوذ في الماء ويقرأ عليه ويشربه ، ويصب على نفسه منه

Artinya : “Telah diambil dari Abdullah bin Ahmad sungguhnya dia telah melihat bapanya (Imam Hanbali) membaca perlindungan pada air dan membaca ayat Quran atasnya dan meminumnya dan menuangkan atas badannya akan air itu.” (Kitab Al-Adab As-Syar’iyyah)

wallahua’lam

Sumber: ustaz azhar idrus