Hidup Dalam Keadaan Daaif, Warga Emas Ini Jadikan Rumah Usaang Tempat Berlindung

Setiap manusia di muka bumi ini pasti akan di uji oleh Allah mengikut kemampuan masing-masing. Tatkala manusia lain hidup dengan penuh kesempurnaan dan kesenangan, kita juga perlu beringat bahawa masih ada insan-insan yang kurang bernasib baik. Baru-baru ini viral di laman sosial Twitter mengenai sepasang warga emas di Sarawak yang hidup dalam keadaan daaif.

Tiada elektrik, bergantung dengan air sungai dan masak guna kayu api…
Suami isteri ini hidup di sebuah rumah usaang yang terpencil. Lebih sayuu apabila salah seorang daripada warga emas tersebut mengalami kecacaatan penglihataan dan dibantu oleh suaminya yang juga uzuur. Rumah usang yang dihuni oleh suami dan isteri yang berusia lebih 80 tahun ini tidak mempunyai bekalan elektrik, malah hanya bergantung dengan air sungai dan kayu api untuk memasak.

Telah cuba mendapatkan bantuan, tetapi proses tergendala atas sebab tertentu
Difahamkan juga, warga emas itu telah cuba untuk mendapatkan bantuan, akan tetapi proses itu tergendala di atas kekangan tertentu. Dalam pada itu, terdapat juga sumber daripada @UmengIsmail yang memberitahu bahawa anak kepada dua orang warga emas ini juga tinggal agak berjauhan di seberang sungai. Siapa sangka, mereka turut mempunyai nasib yang sama.