Hari ini genap 88 tahun wali Allah Tok Kenali waafat. Marilah kita hadiahkan bacaan al-Fatihah buat Wali Allah Tokoh Ulamak Ulung Nusantara ini.

Hari ini 19/11 genap 88 tahun wali Allah Tok Kenali waafat.

Majalah “Pengasuh” keluaran 11.12.1933 mencatitkan berita tentang kewafatan Tok Kenali antara lain berbunyi :
“Kembali ke Darul-Baqa 1352H yang meredupkan alam Kelantan dengan dukacita.

Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”
Hari wafatnya diziarahi oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan sembahyang jenaazahnya lebih daripada 1,000 orang.

Bayangkan pada tahun 1933, media elektronik tiada lagi untuk kita maklum pada orang awam dalam masa yang singkat. 2,500 orang yang hadir bukanlah satu angka yang sedikit diwaktu itu ditambah pula sistem pengangkutan yang belum lagi maju. Sungguh Allah Taala telah muliakan auliyaNya.

Marilah kita hadiahkan bacaan al-Fatihah buat Wali Allah Tokoh Ulamak Ulung Nusantara ini.

#WafatnyaUlamak