Hanya 2 Beradik Saja, Penuh Sabar Adik Jaga Abang OKuU -“Dia Anugeraah Istiimewa”

Membesar bersama ahli keluarga yang kekurangaan upaaya (OKuU) sememangnya menuntut kesabaran yang cukup tinggi. Jika tidak diberikan perhatian khusus, mereka akan menjadi sensitif sehingga mula tantrum dan sukar dikawaal. Namun segalanya dilalui dengan hati terbuka atas dasar sayang lagi-lagi sesama adik beradik.

Dia anugerah terindah.. kasih adik jaga abang OKuU
Terbaharu, seorang pemuda bernama Rahimi Faizal berkongsi sebuah video menyentuh hati bersama abangnya yang kekurangan upaya (OKUu). Menerusi klip tersebut, dapat disaksikan gelagat pemuda ini menyuap makan abangnya dengan penuh sabar.

Percaya pada hikmah & janji cuba jadi adik yang terbaik..
Meskipun tak dinafikan pernah menghadapi kesukaaran dalam menjaga kebajikannya, namun Rahimi bersyukur sekali gus mempercayai hikmah di sebalik duugaan tersebut. Dalam pada itu, lelaki ini turut berjanji akan cuba menjadi adik yang terbaik dan menerima segala kekurangaan. Hal ini kerana, si abang merupakan satu-satunya anugerah yang terindah dan bermakna buat dia sekeluarga.

@rahimifaizal

Inilah satu satu abng aku yang ku baik dialah abngku kami 2 beradik je xramai kami xramai kalau gaduh pun dengan dia jugak #fypシ #klateteam

♬ alloh alloh aghisna – tanpanama

Dah jadi tanggungjawab adik untuk jaga abang sampai bila-bila.. Moga syurga balasannya nanti
Sejak dikongsikan kepada umum, video tersebut meraih lebih 200 ribu tontonan setakat ini. Di samping meluahkan rasa simpati, rata-rata netizen kagum keprihatinan pemuda ini dalam mencurahkan kasih sayang terhadap abangnya. Tidak ketinggalan juga yang mendoakan kesejahteraan dan berharap agar segala urusan dua beradik ini sentiasa dipermudahkan.