Gemparrr Pemain Perancis “DEMBELE” Mendermakan Semua Wang Kemenangannya Untuk Membina Masjid Di Mauritania.

Pemain Perancis, Ousmane Dembele Yang Mengejvtkan Dunia Apabila Mendermakan Semua Duit Kemenangan Piala Dunianya Untuk Bina Masjid

Pemain Perancis yang lincah, Ousmane Dembele mengejutkan dunia apabila derma semua duit dan elaun kemenangan yang diperolehinya menang Piala Dunia untuk bina masjid. Subhanallah. MasyaAllah.

BINA MASJID DI MAURITANIA

Selepas bersama-sama rakan sepasukannya memastikan kejuaraan Piala Dunia 2018 milik Perancis, pemain tengah Ousmane Dembele mendermakan pendapatan yang diperoleh dari persembahannya di Rusia untuk membina masjid.

Masjid berkenaan akan dibina di tanah kelahiran ibunya di Mauritania. Mauritania yang juga dikenali sebagai Rebublik Islam Mauritania mempunyai populasi 4 juta warga dan mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 1960.

Dalam saingan Piala Dunia di Rusia, pemain berumur 21 tahun yang juga mempunyai kacukan Afrika dari ayahnya itu beraksi untuk Perancis ketika menentang Australia, Peru dan Denmark.

Dembele memulakan aksi di peringkat profesional dengan bermain untuk Rennes. Pada 2016, kelab Jerman Borussia Dortmund menghidu bakatnya dan seterusnya menarik Dembele mewakili pasukan itu.

Hanya setahun selepas itu, Dembele menyertai bintang bola sepak lain untuk bermain bagi kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. Dembele merupakan salah seorang daripada 15 pemain Perancis yang mempunyai kacukan Afrika.

Selain Dembele, rakan sepasukannya Kylian Mbappe turut mendapat pujian ramai pihak apabila mendermakan pendapatannya dalam Piala Dunia kepada organisasi kebajikan yang menjaga kanak-kanak kurang upaya.

Akhir Kata
Jika Kamu Sedar,Telah Banyak Pemain Bintang Bola Sepak Yang Beragama islam Di Dunia Kini….Itu Menunjukkan Semakin Ramai yang Telah Mendapat Hidayah Allah

Sumber Dan Rujukan:Majalah Harian.Com via mymediamaya.com