Gemar Bersedekah Dan Membuat Amal Jariah Bersama Anak-Anak Tahfiz Dan Orang Kurang Berkemampuan. Genap 7 Tahun Pemeergian Datuk Syarifah Aini

MENYELAK kembali helaian kisah tanggal 5 Julai, pada tarikh ini biduanita bersuara emas, Datuk Sharifah Aini telah pergi mengadap illahi tujuh tahun lalu.

Pemilik nama sebenar, Sharifah Aini Syed Jaafar atau mesra disapa Kak Pah meniinggalkan dunia pada usia 61 tahun akibat jangkiitan paru-paru di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Kuala Lumpur.

Pelantun lagu ‘Seri Dewi Malam’ itu lahir pada 2 Julai 1953 di Nee Soon, Singapura dan dibesarkan di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru, sebelum menempa nama sebagai artis tanah air sehingga ke persada antarabangsa.

Malaysiapost pada tahun lalu sempat menemubual dua insan yang lama menceburi dunia kewartawanan dan antara individu rapat dengan Syarifah Aini ketika haayatnya.

Penolong Pengarang Hiburan Berita Harian, Raja Nurfatimah Mawar Mohamed memberitahu dirinya umpama pelapor tetap penyanyi itu sepanjang bertugas di meja jenaayah dan hiburan.

Menurut Raja Nurfatimah Mawar, Syarifah Aini yang dikenali adalah figura yang sangat merendah diri walaupun telah menghasilkan 93 album, termasuk tujuh berbahasa Inggeris.

Katanya, masih terbayang wajah arwaah memandangnya dengan padangan sayu sambil melambaikan tangan pada pertemuan terakhir mereka.

Kenangan sama turut dikongsi wartawan hiburan, Huzz, yang sememangnya mengakui penyanyi itu adalah seorang ibu dan isteri mithali yang sangat menitik beratkan keperluan keluarga.

Dalam masa sama, Huzz sempat bercerita bahawa penyanyi lagu ‘Kenang Daku Dalam Doamu’ sendiri akan mencuci, menggosok pakaian suaminya walaupun sudah mempunyai pembantu rumah.

Di samping itu, Huzz berkata sisi peribadi yang ramai tidak ketahui adalah penyanyi berdarah kacukan Melayu-Arab itu gemar bersedekah dan membuat amal jariah bersama anak-anak tahfiz dan orang kurang berkemampuan.

Huzz berkata, jika ingin menyingkap semua kenangannya bersama penyanyi itu mungkin terlalu banyak, tetapi padanya Sharifah Aini adalah legenda terbilang yang patut dikenang.

Semoga sedikit imbas kembali mengenai figura Datuk Syarifah Aini dapat mengubat kerinduan peminat dan menitipkan doa kepada Allahyarh

Sumber:malaysiapost.com