Gaji Suami Lambat Dibayar, Barang Dapur Pula Habis. Isteri Terpaksaa Ketuuk Pintu Jiran Untuk Pinjam Beras

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnyaa.

Itu gambaran sesuai diberikan apabila mendengar kisah keperitaan hidup dialami keluarga ini yang berdepan kesukaran meneruskan kehidupan dan demi sesuap nasi.

Suhasnita Ismail, 40, menceritakan bagaimana dia dan suami terpaksa menebalkan muka berharap belas ihsan jiran untuk mendapatkan sedikit beras.

” Kami berdepan masalah kewangan kerana gaji suami dibayar lambat, barang dapur tiada dan terpaksaa berlapar, namun kami masih bersyukur kerana keadaan tidak seteeruk ketika awal-awal tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu,”

Demikian luahan Suhasnita yang berkongsi kisah keseempitan hidup kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Ketika ditemui di rumahnya di Taman Mawar, Puchong, ibu kepada lima anak itu mengakui ahli keluarganya terpaksaa mengiikat perut apabila tiada wang untuk membeli bahan makanan.

” Pernah dapur tidak berasap selama tiga hari dan kami terpaksa ketuk pintu jiran untuk meminjam beras,” kata Suhasnita.

Menurut Suhasnita, sebelum ini suaminya terpaksa berhenti kerja berikutan tiada wang untuk berulang-alik ke tempat kerja yang jauh.

Umpama jatuuh ditiimpa tangga, satu-satunya motosikal milik suami turut dicurii menyebabkan mereka kebuntuuan dalam mencari pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian keluarga pada ketika itu.

Bantuan daripada NGO membantu meringankan beban keluarga Suhasnita.

Masak ‘nasi goreng minyak’ untuk anak-anak

” Ada satu hari, hanya tinggal beras, garam dan minyak masak di rumah. Saya terpaksa masak ‘nasi goreng minyak’ untuk diberi makan kepada anak-anak.

” Bukan tidak sediih, kadang orang kata, tiada adik-beradik yang boleh tolong? Bila kita minta tolong, mereka pun susaah.

” Sekali dua orang tolong, kalau selalu kita pun rasa segan. Sanggup diam, usaha apa yang ada, makan apa yang ada,” ujarnya dengan linangan air mata.

Sementara itu, melihat keadaan rumah Suhasnita yang tersusun rapi, tidak disangka kebanyakan kelengkapan rumah seperti perabot, kerusi, meja malah permainan anak-anak kecilnya dikutip dari tempat pembuangan sampah.

” Lima, enam tahun kami kumpul barang-barang buangan, bila ada orang buang barang yang agak elok kami kutip dan baiki.

” Ada juga kelengkapan seperti televisyen dan katil yang disumbangkan oleh keluarga terdekat,” katanya lagi.

Ditanya tentang harapan terhadap Belanjawan 2021, Suhasnita berharap peruntukan bantuan sewajarnya dapat diberikan kepada golongan berpendapatan rendah terutama B40 yang terkesaan teruuk akibaat pandemiik COOVlD-19.

” Kita tidak tahu bila COVIlD-19 akan berakhiir jadi diharapkan bantuan sedia ada seperti pengeluaran i-Lestari daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat diteruskan untuk satu tempoh yang lebih lama,” katanya.

Sumber via sinar harian