Gagaal Rentas Daerah Dengan Berenang, Lelaki Ini Kaantoi Buat Cubaan Kedua Guna Rakit Gabus

Lelaki Ini Kantoi Buat Cubaan Kedua Guna Rakit Gabus.

Pernah melakukan cubaan berenang merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina untuk menuju ke Seberang Perai, lelaki ini sekali lagi dilaporkan melakukan cubaan kedua dengan menggunakan rakit gabus.

Memetik sumber Kosmo, lelaki terbabit sekali lagi mahu merentas daerah tanpa kebenaran dari bahagian pulau ke tanah besar melalui jalan laut apabila dikesan menaiki sebuah pelampung gabus stryfoam.

Bagaimanapun, tindakannya gagal apabila dikesan pihak berkuasa ketika dia berada di dalam laut sebelum diselamatkan dengan dibawa naik ke atas bot.

Beberapa keping gambar dan video dikongsikan di media sosial memaparkan tindakan berani lelaki tersebut dengan meniarap di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira satu meter persegi yang dijadikan rakit.

Lelaki Rentas Daerah Dengan Rakit Gabus
Sumber: Mamu Jarum

Lelaki itu juga dilihat membawa sebuah beg galas dan menyarungkan sehelai kain pelikat pada tubuh.

Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan individu yang sama sebelum ini diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai.

@penang_kini

haritu Cuba renang Dari Grown Ke Bagan. Kali ni guna sterofoam utk Rentas daerah seberangi lautan

♬ Jangan PernaH Berubah – Lia Magdalena

Pada 14 Julai lalu, lelaki tersebut nekad merentas daerah dengan berenang kerana mahu bertemu rakan namun gagal kerana keletihan.

Lelaki Rentas Daerah Dengan Rakit Gabus

Ibu bapa kepada lelaki itu memberitahu kepada pihak polis bahawa anaknya sudah lama tidak pulang ke rumah dan dipercayai hidup sebagai gelandangan selain mempunyai masalah ketagihan dadah.

Dia kemudian dibawa menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana didapati mengalami patah tangan kanan ketika insiden terbabit.

KEMASKINI

Menerusi laporan Harian Metro, alasan yang diberikan lelaki itu berbuat demikian kerana mahu merentas ke Tanah Suci Mekah ketika diselamatkan pihak berkuasa.

Dia kini dibawa ke HPP bagi mendapatkan rawatan dan penilaian tahap kesihatan mental. Dalam pada itu, ujian saringan air kencing adalah negatif dadaah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://odisi.my/