Gadis Tak Mampuu Buat Majlis Mewah Ikut Tradiisi, Bakal Mentua Terus Batal Kahwin

Buat orang yang sudah menjalinkan hubungan percintaan, majlis pernikahan adalah detik yang paling ditunggu-tunggu. Perasaan teruja menunggu hari bahagia untuk bersatu itu terkadang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kata orang makin dekat majlis, makin besar ujiaan. Tapi siapa sangka, gadis ini pula gagaal menyelamaatkan perhubungannya sehinggakan terpaksaa membataalkan majlis perkahwinannya di saat akhiir.

Sepatutnya bertunang Disember, kahwin awal tahun depan
Menerusi perkongsian di TikTok @senja2304, keluarga teman lelakinya ada datang untuk berjumpa orang tuanya pada penghujung tahun 2019 yang lalu untuk berbincang soal penyatuan mereka. Setelah perbincangan dilakukan, kedua-duanya bakal melangsungkan pertunangan pada Disember ini sebelum disatukan awal tahun 2021.

Tapi bakal mentua batalkan last minute, alasan tak dapat buat majlis mewah
Walau bagaimanapun, angan-angan kini cuma tinggal kenangan apabila bakal mentuanya membataalkan perancangan tersebut. Keputusan itu diambil setelah gadis berkenaan tidak mampu untuk mengadakan majlis mewah buat anak lelaki tunggal mereka mengikut tradisi keluarga. Bukan itu sahaja, hubungan cinta mereka juga terpaksa diputuuskan atas desakan keluarga.

Kalau macam tu lepaskan jelah lagi bagus. Dah nampak ciri-ciri yang tak baik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan keluarga bakal mentuanya. Bahkan mereka agak peliik dengan tradisi berkenaan kerana selalunya, kos majlis kahwin akan menerima belanja yang besar dari pihak lelaki berbanding perempuan. Susulan itu, ramai mendoakan semoga wanita berkenaan berjumpa dengan calon yang lebih baik.