Gadis ‘Kantooi’ Menyewa Bilik Tanpa Mahraam, Alasan Tak Balik Rumah Sebab PKPB

Seperti yang diketahui umum, setiap individu tak dibenarkan merentas daerah dalam negeri yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang. Namun begitu, ada pula yang mengambil kesempatan untuk melempiaskan nafsuu dengan alasan tersebut.

Remaja perempuan 17 tahun bagi alasan nak tumpang sebab dah lewat malam
Memetik lapooran Harian Metro, pihak Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) telah berjaya mencekuup seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersekeduduukaan bersama teman lelakinya dalam satu serbuan malam tadi. Individu tersebut kemudiannya berikan alasan tak sempat pulang ke rumah pada lewat malam dan menumpang bilik lelaki berusia 21 tahun yang baru dikenalinya.

Guna alasan tak dapat balik rumah sebab PKPB, sewa bilik dengan teman lelaki
Di samping itu, sepasang lagi remaja berusia 18 dan 19 tahun telah dicekuup di bilik bersebelahan. Lebih mengejutkan, gadis terbabit menyewa bilik bersama teman lelakinya sambil memberikan alasan tak dapat pulang ke rumah di Jitra kerana mematuhi PKPB. Remaja perempuan itu turut mendakwa dia baru pulang bekerja tapi gagal tunjukkan sebarang bukti hubungan suami isteri

Boleh didenda RM3,000 atau penjara 2 tahun jika disabit kesalahan
Serbuan tersebut dilakukan sekitar jam 12.45 tengah malam tadi di Alor Setar hasil risikan dan maklumat orang ramai. Menurut Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JAIK, kesemuanya boleh didenda RM3,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.