Fosil Berusia 180 Juta Tahun Milik Naga Laut Gergaasi Ditemui

Dianggap sebagai kejayaan terbaik dalam sejarah paleontologi Britain, penemuan satu fosil gergasi di Midlands baru-baru ini menjadi penemuan fosil lengkap paling besar pernah ditemui di United Kingdom.

Fosil yang didakwa sebagai Ichthyosaur atau Naga Laut itu dianggarkan berusia 180 juta tahun dahulu dan mempunyai rangka sepanjang 10 meter dan tengkorak seberat satu tan.

Haiwaan Ichthyosaur ini dikatakan boleh membesar sehingga 82 kaki atau lebih kurang 25 meter! Ianya digelar sebagai naga laut kerana memiliki gigi dan mata yang besar dan fosil pertama haiwan ‘Naga Laut’ itu ditemukan oleh ahli paleontologi, Mary Anning pada awal abad ke-19.

Fosil yang lengkap dan terbesar itu ditemui oleh Joe Davis dari Lercestershire ketika melakukan kerja-kerja mengeringkan sebuah lagun di kawasan perairan Rutland pada Februari 2021.

Ichthyosaur digelar sebagai naga laut kerana memiliki gigi dan mata yang besar dan fosil pertama haiwaan purba itu ditemukan oleh ahli paleontologi, Mary Anning pada awal abad ke-19.

Ichthyosaur merupakan haiwan reptilia dan dipercayai hidup sekitar 250 juta tahun hingga 90 juta tahun dahulu.

Menurut pakar paleontologi, Dr. Deam Lomax, meskipun banyak fosil Ichthyosaur sudah ditemui di Britain, penemuan fosil yang terbaharu itu adalah yang paling menakjubkan.