Dulunya Pengkid Sekarang Alhamdulillah, Hidayah Milik Allah

Alhamdulillah!!! Dulunya Pengkid Dan Bernafsu Pada Kaum Sejenis, Akhirnya Wanita Ini Berubah Kerana Hidayah Allah, Allahuakhbar!! | Berdakwah bukanlah tugas golongan agamawan seperti ustaz dan ustazah semata-mata,

Tetapi juga Muslim yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk menyampaikan perkara baik serta melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Cara dakwah yang baik dan berkesan adalah apabila dapat menarik orang lain untuk berhijrah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Itulah apa yang dilakukan oleh lelaki bernama Ali Zaik ini. Dia dihubungi melalui laman sosial oleh seorang wanita yang ingin berubah ke arah kebaikan.

Wanita ini dulunya hanya bernafsu kepada kaum sejenis. Apakah yang mendorongnya untuk kembali ke jalan yang benar? Kerana Hidayah Allah… Suka Perempuan Dari Sekolah Rendah!

Nak Berubah Sebelum Umur 30 Tahun…Dekatkan Diri Dengan Orang Beriman!

13 tahun saya hidup bergeluman dengan penuh dosa…
2003 – 2015… hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya lalui…

Itulah sebabnya saya tak akan pandang hina pada golongan yang hidup sonsang… kerana saya faham mereka… saya pernah lalui…saya tak akan buang kawan-kawan saya…

Semoga Allah permudahkan urusan bisnes saya…sekarang saya rasa selesa pergi mana-mana kerana saya dah bertudung…dulunya risau semua ada… sebab saya pengkid…

Saya doakan agar kawan-kawan pengkid saya akan jadi lebih baik dari saya…saya tak akan sisih kawan-kawan saya…mudahan Allah bagi Hidayah dan petunjuk pada mereka…

Syukur…Terima kasih Abang Ali Russia…tak sangka Allah bertemu juga Yus dengan Abang Ali Russia (di alam maya)…

Semasa di Pekan Kuah Langkawi tempat Yus pergi tu ada seorang hamba Allah yang bercakap soal penghijrahan para artis…mungkin itu Abang Ali yang bercakap…

Terdetik dalam hati ingin berjumpa hamba Allah yang sampaikan dakwah ketika itu….

Syukur Alhamdulillah akhirnya Allah atur sangat cantik dapat juga Yus kenal siapa Abang Ali..itu orang cakap nak berubah kena dekatkan diri dengan orang-orang yang beriman…

Teruskan berdakwah Abang Ali… Allahu rabbi… Wallahu aklam…Sekian TERIMA KASIH,Dipersilakan share

Sumber: Ali Zaik Bin Ibrahim

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT