Disyaaki Positif COViID-19, Atuk Sayu Dijemput Ambulans – “Ambil Air Maye Dulu..”

Menjelang penghujung tahun 2020, peningkatan jumlah jangkitaan COVID-19 nyata semakin merisaukan rakyat di negara ini. Malah siapa saja yang tidak seedih terpaksa melihat detik perpisahan insan atau ahli keluarga tersayang apabila dikaitkan dengan wabaak tersebut.

Seorang jemaah surau disyaki positif COVID-19… sayu hati dijemput ambulans depan rumah

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman sayu memaparkan salah seorang jemaah di Surau Asyakirin Bandar Baru Pasir Pekan, Tumpat dijemput menaiki sebuah ambulans dari depan rumahnya. Menurut Haiqal Roslan, ‘atuk’ yang mesra disapa sebagai Pok Sin itu dibawa ke pusat perubatan berdekatan selepas disyaki positif virus COVID-19.

Nak ambil air ‘maye’ dulu.. Pok Sin tenang naik ambulans sambil diiringi keluarga

Dilihat tenang sambil menjinjing beg, Pok Sin sempat mengambil wudhu sebelum berangkat dalam video tersebut. Malah kelihatan beberapa ahli keluarga turut mengiring warga emas berkenaan hingga ke pintu ambulans. Haiqal mengakui sebaak sekali gus mendoakan kesejahteraan buat lelaki berkenaan.

Semoga atuk diberi kesembuhan & kuat melawan virus COVIiD-19
Perkongsian rakaman berdurasi seminit lebih itu telah meraih lebih 150 ribu jumlah tontonan setakat ini. Di samping tersentuh melihat moment tersebut, rata-rata netizen turut mendoakan kesihatan dan menitipkan kata-kata semangat buat warga emas berkenaan.

Sumber : Twitter haiqalroslann