Disangka Akak Bomba Muka Jambu Habis, Sekali Bini Claim -“Tu Laki Aku Weh”

Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia bukan sahaja bertugas untuk memadamkan kebakaraan, malah mereka boleh dikatakan serba boleh. Baik anggota lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya boleh dikatakan dapat menjalankan tugas sebaik mungkin.

Sekumpulan bomba kerumun di kawasan lombong gigih turun jalankan misi demi selamatkan seekoor kucing
Semalam, sepasukan anggota bomba dilihat berkerumun di sekitar kawasan sebuah lombong bertempat di Taman Putra Perdana Puchong. Kejadiaan yang telah dirakam lewat petang semalam membuatkan ramai terharu dengan kegigihan mereka yang turun menjalankan misi demi seekoor kucing.

Gara-gara muka putih ramai puji ‘akak bomba’ hero yang sangat berani
Ruang komen di Facebook Info Roadblock Polis/JPJ nyata dihujani dengan ratusan komen memuji sikap berani dan mulia seorang ‘akak bomba’ menerusi sekeping gambar yang dirakam sewaktu kejadiaan. Hal ini kerana, ramai yang menyangka ‘hero’ kucing tersebut adalah perempuan berikutan wajahnya yang terlihat manis dan juga ‘jambu’ daripada sekeping foto dimuat naik.

Semua ingat ‘akak bomba tu perempuan sekali lelaki. Suami orang pulak
Walau bagaimanapun sangkaan itu meleset apabila muncul seorang wanita bernama Fazila Lembat memaklumkan gerangan bomba tersebut adalah suaminya sendiri. Ramai yang seakan tidak percaya walaupun gambar lelaki berkenaan sewaktu operasi telah dimuat naik bagi memecahkan kekeliruan itu.