‘Dahulu mandikan jenaazah orang, kini jenazaah beliau pula dimandikan’ – Staf Pejabat Mufti meniinggaal dunia akibat Coviid-19

KUALA LUMPUR: “Dahulunya beliau mandikan jenaazah pesaakit COVID-19, semalam jenazaah beliau pula dimandikan oleh petugas.

“Besar jasa beliau kepada umat Islam di Labuan,” Itu antara bingkisan perkongsian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Perkongsian itu berkaitan seorang kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan dikenali sebagai Datu Sadam yang meninggaal dunia akibat jangkiitan COViID-19, pada Ahad.

Datu merupakan individu yang terlibat sebagai Pasukan Pengurusan Jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) bagi menguruskan jenaazah pesaakit COVIiD-19.

Zulkifli berkata, kemaatian Datu diketahuinya pada jam 12 tengah malam melalui aplikasi WhatsApp.

“Masih segar di ingatan saya ketika beliau mula melapor diri sekitar tiga hingga empat tahun lalu.

“Dek keunikan namanya dan tubuh yang sedikit gempal serta sifatnya yang ramah saya senang mengingati beliau,” kata Zulkifli.

Menceritakan kenangan bersama Datu, Zulkifli menyatakan setiap kali mengadakan lawatan kerja ke Labuan, Datu antara individu terawal akan menyambutnya di Lapangan Terbang Labuan.

“Selesai tugas di siang hari biasanya kami akan ke Anjung Ketam atau ke RPP Labuan untuk menikmati makanan laut, beliaulah biasanya berkhidmat membakar ikan, ketam, udang bersama sahabat lain.

“Beliau pergi dalam usia yang muda 30 tahun, namun saya berbangga dengannya kerana sebelum didapati positif COVID-19, beliau terlibat sebagai Pasukan Pengurusan Jenaazah JAKIM dan JAWI bagi menguruskan jenazah pesaakit COViID-19.

“Saya doakan semoga Allahyaarhaam Datu Sadam Turan dikurniakan syahid dan ibu bapa serta keluarganya dikurniakan ketabahan dan kesabaran,” tambah Zulkifli.