Cemaas Terkeejut Ada Apii Di Ekor. Ini Tindakan Si Oyen.

Situasi yang amat menakjubkan sempat dirakam dimana seekor kucing oyen telah berjaya melepaskan diri dari bangunan yang berlaku kebakaaran set1nggi dua tingkat melalui tingkap dan terjun dengan selamat di sebuah pangsapuri bertempat di New York City.

Berdasarkan pusat kawalan haiwan, mereka mengatakan kucing tersebut berada dalam keadaan baik akan tetapi bulu pada bahagian ekor telah terbakar serta berwarna hitam dipercayai kesan terkena api semasa berjuang melepaskan diri dari kebakaran di perumahan Lincoln, Harlem.

Video yang sempat dirakam oleh Aaron Ganaway dengan jelas itu menayangkan kucing oyen tersebut terperangkap di luar tingkap ketika api sedang marak dengan kuat serta tiba-tiba membaakar ekornya.

Orang ramai yang berada di bawah bangunan bersorak ketika kejadian menakjubkan itu berlaku. Kucing oyen dengan tiada pilihan terus melompat ke bawah sebelum seseorang sempat memegang serta menyerahkannya terus kepada pihak p0lis.

http://www.imuslimnetwork.com/wp-content/uploads/2021/08/tomcat.mp4?_=1

Dikhabarkan seramai tujuh orang, yang termasuk dua anggota pol1s, telah cedeera dalam kejaadian.

Kucing oyen tersebut telah dihantar ke Pusat Kawalan Haiwan. Jurucakap memberitahu NBC New York bahawa kucing yang diberi nama ‘Tomcat’ tersebut, berada dalam keadaan yang cukup baik.

Pihak p0lis kini sedang mencari pemilik kucing tersebut.