Bukti Peninggalan Islam, Masjid Tertua Di Dunia Ditemui Di 1sr4el, Dipercayai Dibina Oleh Sahabat Nabi

Salah satu masjid tertua di dunia telah ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi di Israel, lap0r Arab News. Bekas runt0han masjid itu dijumpai oleh ahli arkeologi dan pada awalnya dikenal pasti berasal dari zaman Empayar Byzantine.

Setelah melakukan penggalian lebih lanjut, para penyelidik percaya bahawa runt0han itu adalah bangunan masjid. Masjid ini mungkin dibina seawal 635 Masehi oleh seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang merupakan panglima tentera Islam yang menakluk Levant pada abad ke-7.

Difahamkan, tanah jajahan Levant adalah kawasan di Laut Mediterania timur yang merangkumi Lebanon, Syria, Jordan, Israel dan Palestin. Bekas runt0han masjid itu terletak di pinggir kota Tiberias di utara Israel, menghadap ke barat Tasik Tiberias.

Penemuan tersebut diumumkan minggu lalu di sebuah persidangan akademik setelah penggalian selama 11 tahun oleh pasukan yang diketuai oleh Katia Cytryn-Silverman dari Hebrew University of Jerusalem.

Namun, kawasan ini sebenarnya sudah mula digali sejak awal 1950-an dan dikenal pasti sebagai pasar kepunyaan Empayar Byzantine.

Bagaimanapun, melalui penggalian dan kaji selidik yang dilakukan selama 11 tahun menemukan pecahan tembikar dan duit syiling dari awal peradaban Islam.

Melalui penggalian yang lebih lanjut, ditemukan struktur bertingkat yang menjadi asas banggunan dan para ahli arkeologi percaya bahawa tapak ini sebenarnya berasal dari peradaban Islam.

Pasukan ahli arkeologi mengesyaki bahawa masjid yang dijumpai di Tiberias itu dibina oleh Shurahbil ibn Hasana, seorang komandan pasukan Muslim yang berjaya menakluk kawasan tersebut.

Shurahbil adalah salah seorang komandan Muslim yang meme rangi Empayar Bizantium semasa zaman pemerintahan Abu Bakar dan Umar bin Khattab.

Namun kajian mendalam mengenai teori ini masih dilakukan oleh ahli arkeologi, “kami tidak dapat mengesahkan lebih lanjut bahawa masjid ini didirikan oleh Shurahbil,” kata Cytryn-Silverman.

“Tetapi kami mempunyai sumber yang mengatakan bahawa dia mendirikan sebuah masjid di Tiberias ketika dia menakluk wilayah ini pada tahun 635,” tambah Cytryn-Silverman.

Sumber dipetik dari The v0cket