Bukti Kebesaran Dan Keagungan Allah SWT, Kalimah Allah Ada Di Mana-mana

Bukti Kebesaran Dan Keagungan Allah SWT, Kalimah Allah Ada Di Mana-mana

kali ni kita nak kongsi beberapa gambar yang mana jika di amati memang setiap gambar ini tertera kalimah “Allah”.. Subhanallah…

seterusnya

seterusnya

seterusnya

seterusnya

seterusnya

seterusnya

seterusnya

seterusnya

Seorang pengusaha kuih tradisional tidak menyangka sebiji daripada telur yang dibelinya di sebuah pasar borong di Kuantan, tertera kalimah Allah.

Nor Saidatul Nadia Mohamad, 29, berkata dia menyedari tentang adanya kalimah itu semasa sedang memecah telur bersama seorang pekerja untuk menyiapkan tempahan kuih oleh sebuah asrama sekolah di sini, baru-baru ini.

“Pada awalnya saya agak hairan kerana permukaannya tidak rata. Semasa menilik telur itu, saya melihat ada jalur pada bahagian ulit dan apabila diamati, ia sebenarnya kalimah Allah.

“Saya membatalkan niat untuk menggunakan telur itu dan segera mengasingkannya serta menyimpannya dengan cermat di dalam peti sejuk,” katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di Taman Sungai Isap Jaya, Kuantan, hari ini.

Nor Saidatul Nadia berkata dia tidak memaklumkan sesiapa mengenai penemuan itu, namun mengubah fikiran semalam dengan bercerita kepada anggota keluarganya. “Bapa saya kemudiannya memberitahu beberapa orang lain.

Saya diberitahu ada yang berminat untuk membeli telur itu dengan harga RM100,” katanya. Beliau bagaimanapun tidak berminat untuk menjual telur itu kerana mahu menyimpannya sebagai koleksi peribadi

Sumber:malaysiakini via majalah-harian.com