Boleh Tularkan Orang Tidak Mahu Bayar Hutang Di Media Sosial? ini penjelasan dari sudut agama.

HUKUM VIRALKAN ORANG TIDAK MAHU BAYAR HUTANG
SOALAN :

Seorang telah berhutang dengan saya sebanyak RM4000 dua tahun lepas tetapi tidak mahu membayarnya dan dia memberikan bermacam-macam alasan yang tidak munasabah.

Saya dapat tahu dia memang suka berhutang dengan orang dan tidak membayarnya sedangkan hidupnya agak mewah dari orang lain. Sudah macam-macam cara saya buat supaya dia bayar tapi tak bayar juga.

Bolehkah saya viralkan dalam media sosial tentang perangainya itu supaya orang lain berhati-hati dengan dia dan tidak menjadi mangsaa seperti saya?

JAWAPAN :

Orang yang berhutang wajib menjelaskan hutangnya apabila tiba masa membayar hutang dan jika dia sengaja tidak mahu membayar hutang maka dia telah melakukan satu jenayaah dan maksiiat dan dikira makan harta orang secara haraam yang tidak diterima amalnya.

Orang yang mampu membayar hutang tetapi tidak juga membayarnya adalah orang yang zalim.

Rasululllah saw bersabda :

مَطْلُ الْغَنِىِّ ظُلْمٌ

Artinya : “Menunda hutang bagi orang yang mampu adalah zalim.” (Hadith Bukhari)

Dan orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang ini boleh dikenakan hukuman dan tidak ada kehurmatan dirinya lagi.

لَىُّ الْوَاجِدِ يُحِلُّ عُقُوبَتَهُ وَعِرْضَهُ

Artinya : “Orang yang menunda-nunda bayar hutang itu hilang kehurmatan diri dan boleh dikenakan hukuman.” (Hadith Bukhari)

Oleh kerana itu harus menceritakan perbuatan tidak mahu bayar hutang seseorang itu kepada orang lain supaya orang lain tidak terpedaya dan tidak dizaliminya tetapi tidak lebih dari perbuatan enggan membayar hutang itu sahaja yang harus diceritakan kepada orang ada pun perkara yang lain tidak dibolehkan.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :

أَيْ يُبِيحُ أَنْ يُذْكَرَ بَيْنَ النَّاسِ بِالْمَطْلِ وَسُوءِ الْمُعَامَلَةِ لَا غَيْرِهِمَا

Artinya : “Artinya diharuskan menyebut antara manusia akan seorang yang tidak mahu bayar hutang dan buruuknya muamalat denganya tetapi tidak harus menceritakan perkara yang lain dari keduanya.” (Kitab Az-Zawajir)

Kesimpulan

Harus memberitahu orang lain tentang seorang yang berperangai tidak mahu membayar hutang atau seorang yang buuruk laku ketika bermuamalat dengannya dengan tujuan supaya orang lain berhati-hati apabila berurusan dengannya.

wallahua’lam

ustaz azhar idrus