Boleh Kekejangan Dan Sawaan Tindik Telinga Bayi 6 Bulan Ke Bawah.

Tindik telinga sebenarnya sudah jadi satu kewajipan terhadap anak-anak perempuan. Namun, jika ibu bapa ada berhasrat untuk tindikkan anak yang masih kecil terutamanya bayi yang bawah usia 6 bulan, elok tangguhkan dulu keinginan ini.

Memang nampak cantik bila anak-anak masih kecil dipakaikan dengan subang atau anting-anting. Kebanyakkan ibu bapa suka anak-anak mereka memakai barang kemas baik gelang, rantai, cincin mahupun anting-anting.

Tetapi kalau untuk bayi di bawah umur 6 bulan mintak ibu bapa pertimbangkan terlebih dahulu. Ini kerana mungkin ramai mak ayah yang tak tahu bahawa luka tindikan tersebut berbahaya pada bayi usia begini.

“Menurut seorang pakar perubatan, jika tidak dirawat atau dibiarkan, luka tindikan tersebut boleh menyebabkan jangkitan kuman tetanus, sekali gus boleh menyebabkan bayi mengalami kekejangan dan sawan.”

Disini, disertakan panduan kepada ibu bapa yang ingin tindik telinga bayi mereka.

1. Jagaan Luka Pada 2 Minggu Pertama

Ibu bapa disarankan supaya memberi perhatian terhadap luka tindikan dalam masa dua minggu pertama dengan membasuh bahagian ditindik itu menggunakan air suam bagi mengelak jangkitan kuman dan alahan.

Sebenarnya, tidak salah jika ibu bapa nak tindik telinga anak-anak yang masih kecil. Namun pastikan penuhi panduan dan syarat tertentu sebelum menindik telinga bayi anda.

2. Telah Mendapat Suntikan (DTap)

Pastikan anak telah disuntik dengan vaksin diphtheria tetanus pertussis (DTap) yang melindunginya daripada kuman tetanus. Banyak kes jangkitan kuman yang lebih bahaya menyebabkan kejang dan sawan akibat jangkitan kuman tetanus berpunca dari luka tindikan.

3.Prosedur Yang Bersih & Selamat

Prosedur menindik telinga seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga. Menindik sebaiknya dilakukan di klinik kerana doktor menggunakan jarum pakai buang yang telah disterilkan. Doktor juga akan membius cuping telinga sebelum menindiknya.

4. Bayi Berusia 6 Bulan Ke Atas

Bayi secara umumnya mempunyai daya tahan yang lemah berbanding orang dewasa. Justeru ibu bapa yang mahu menindik telinga bayi, disarankan agar menunggu sehingga anak mereka berusia enam bulan ke atas.

5. Pilihan Material Anting-Anting

Selain itu pastikan anting-anting untuk bayi dibuat daripada bahan berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium. Anting-anting yang dibuat daripada kromium (bahan logam disadur dan mudah berkarat) selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga.