Biawaak Tersalah Masuk ‘Rumah’, Gelabah Sampai Buat Drift Nak Larikan Diri

Biawak merupakan salah satu haiwan yang sering ditemui di kawasan sungai atau parit. Selain daripada ular, biawaak juga merupakan salah satu haiwan yang sering menceroboh masuk ke rumah kita dan boleh menimbulkan kekacauan dan ketakutan pada penghuni rumah.

Biawak Tersalah Masuk ‘Rumah’, Gelabah Sampai Buat Drift Nak Larikan DiriWalaupun mungkin tidak begitu berbahaya seperti ular berbisa, tetapi tetap sahaja orang yang tidak biasa melihat biawak akan berasa cemas dan takut bukan?

Satu perkongsian netizen yang menggunakan akaun syedqosimi93 menjadi tular apabila menceritakan saat-saat rumahnya dimasuki seekor biawak.

Entah dari mana datangnya, mungkin masuk dari pintu atau mana-mana celah-celah kosong, kehadiran biawak tersebut disedari oleh tuan rumah yang kemudiannya sempat membuat rakaman video.

Segelintir orang mungkin akan berasa takut jika melihat biawak, tetapi berbeza dengan tuan rumah, si perakam video ini yang kelihatan excited semacam apabila melihat biawak menceroboh masuk dalam biliknya.

Namun apa yang melucukan sampai bikin berdekah ialah biawak tersebut yang tiba-tba muncul disebalik langsir kelihatan gelabah mencari jalan keluar. Biawak itu mungkin baru menyedari dirinya salah masuk ‘rumah’ dan terus bergerak dengan sangat laju hingga kelihatan seperti membuat drift pada satu ketika disebabkan lantai yang licin.

VIDEO:

https://nangtime.com/wp-content/uploads/2021/09/hthtyh.mp4?_=1

Rata-rata netizen tergelak melihat pergerakan biaawak itu yang gelabah mencari jalan keluar untuk melarikan diri sebelum akhirnya berjaya keluar dari pintu depan. Ada juga yang mengatakan biaawak itu mesti menyesal nak masuk rumah tu lagi dah.

Antara komen-komen warganet:

Lantak korang nak gelak, janji aku keluar cepat-cepat (biawak)

Biawak Tersalah Masuk ‘Rumah’, Gelabah Sampai Buat Drift Nak Larikan Diri

Biawak terkejut dengan suara perakam video

Biawak Tersalah Masuk ‘Rumah’, Gelabah Sampai Buat Drift Nak Larikan Diri

Kredit:syedqosimi93