Berbasikal Bawa Anak Ke Highway, Salah Pakai Baby Carrier Punca Masaalah Tulang

Walaupun berbasikal adalah sejenis aktiviti menyihatkan, sikap sesetengah pengayuh yang kurang bertimbang rasa terus mencetuskan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Sebelum ini pernah tular di mana kelompok terbabit telah berani mengayuh di atas jalan-jalan besar sesak. Lebih menyediihkan apabila ia turut melibatkan kehilangan nyaawa setelah bertembung dengan kenderaan besar lain.

Suami isteri bawa anak mengayuh…gendong dalam baby carrier
Walaupun sudah ada larangan undang-undang dibuat, mereka seakan-akan tidak peduli dan terus menggunakan laluan yang tidak selamat.

Sejak semalam juga, foto dua individu yang dipercayai sepasang suami isteri berbasikal di atas highway telah mengundang kerisauan ramai. Bezanya kali ini, dapat dilihat bayi kecil mereka juga dibawa bersama dan digendong menggunakan alat baby carrier. Pada dasarnya mungkin nampak tidak beriisiko, namun posisi yang kurang selesa sebenarnya boleh meletakkan bayi dalam keadaan getir.

Posisi kaki berjuntai adalah salah…frog position paling stabil dan selamat

Bercakap mengenai penggunaan baby carrier, tidak dinafikan alatan ini sudah menjadi benda penting dalam membesarkan bayi. Namun ramai juga ibu bapa tidak sedar bahawa cara pemakaiannya berkait rapat dengan impak kesihatan tulang anak anda. Dalam berita di atas, kaki bayi sedang berada dalam keadaan berjuntai secara lurus ke bawah. Walhal, kedudukan yang lebih stabil dan selamat adalah frog atau M position.

Meningkatkan risiiko hip displasia…salah kaki bayi akan menjadi lebih panjang

Dek kerana tulang bayi itu sendiri masih lagi bersifat lembut, tekanan yang dihadapi oleh paha akan menyebabkan gangguan perkembangan sendi pinggul sekali gus meningkatkan risiiko hips dysplasia. Ia adalah keadaan di mana salah satu kaki bayi akan menjadi lebih panjang. Di masa hadapan apabila dewasa nanti, masalah ketidakselesaan akan timbul ketika mereka sedang berjalan.

Sumber : Portal megganmamma, sirap limau