Berat Badan 400kg Lebih, Lelaki Tergaaman Menemui Kucing Terbesar Di Dunia

Tahukah anda kucing apa yang terbesar di dunia? Menurut Guinness Book of Records, kucing terbesar di dunia pada masa sekarang ialah seekor kucing yang diberi nama Hercules dan pernah diktiraf sebanyak tiga kali dalam buku Guinness Book of Records.

Hercules mempunyai berat 408 kilogram dan merupakan kacukan siinga jaantan dan harimaau betinaa. Kucing ini merupakan speesies liger iaitu kacukan singa dan harimau.

Kucing speesis Liger mewarisi sifat kedua-dua harimau dan singa, termasuklah membuat bunyi seakan dihasilkan singa dan harimau dan juga mewarisi kebolehan berenang dari harimau dan gemar hidup berkelompok seperti singa.

Seorang pemilik zoo, The Reptile Zoo yang dikenali sebagai Jay Brewer meluahkan keterujaannya apabila dapat bertemu dengan Hercules ketika melawat Safari Myrtle Beach di Carolina Selatan.

Jay Brewer sangat gembira dan kagum seakan tidak percaya melihat saiz Hercules yang besar di depan matanya.

Dlaam perkongsiannya di Instagram, Jay Brewer kelihatan berjalan bersama dengan Hercules sambil ditemani penjaga kucing itu yang dikenali sebagai Kody Antle.

“Ini merupakan seekor liger yang merupakan antara spesies kucing terbesar di dunia. Bukankah ini sesuatu yang mengagumkan?” -ujar Brewer.

VIDEO:

Penjaga Hercules, Kody Antle juga sempat menjelaskan antara salah faham terbesar yang berlaku pada sesetengah orang adalah orang sering menyangka tiada singa di luar Afrika, namun hakikatnya terdapat banyak singa hidup di Benua Asia, khususnya di India.