BEIJING DIKEJUuTKAN DENGAN PANCARAN CAHAYA UFO

BEIJING – Satu rakaman memaparkan cahaya terang didakwa dipancar dari objek terbang tidak dikenali (UF0) melintasi sebuah lapangan terbang di Chin4, sekali gus menimbulkan rasa paanik dalam kalangan penduduk tempatan, lapor akhbar The Sun, semalam.

Pemandangan yang men4kutkan itu berlaku di bandar Shenyang awal minggu ini dan dirakam oleh orang ramai di sekitar kawasan lapangan terbang.

Menerusi rakaman tersebut, pancaran cahaya itu kelihatan menjulang di atas bangunan lapangan terbang dan suasananya kelihatan seperti dalam filem sains fiksyen yang sering ditonton.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dengan pelbagai sp3kulasi muncul daripada orang ramai yang mendakwa bahawa ia adalah cahaya dari dunia lain di angkasa lepas.

Selain itu, ada juga yang mencadangkan bahawa cahaya itu mungkin adalah kesan penggunaan teknologi asing seperti h0logram, bahkan berkemungkinan adalah portal ke dim3nsi lain.

Bagaimanapun, sebilangan netizen di laman perkongsian Reddit memberikan pendapat lebih munasabah iaitu cahaya itu mungkin biasan atau pantulan cahaya matahari.

Seorang pakar meteorologi tempatan Xia Chuandong kemudiannya menjelaskan bahawa awan tebal di kawasan itu telah mengaburkan struktur bangunan yang ada disebaliknya.

Hasilnya, wap air di udara membiaskan cahaya dan menghasilkan kesan pancaran cahaya aneh. – Agensi

SUMBER: Kosmo Online